Assalamualaikum

PENGALAMAN GUNA SHOPEE EXPRESS | Hi! kalau korang pengguna tegar Shopee mesti korang tau yang sekarang dah takboleh pilih courier. kalau sebelum ni bila beli di shopee kita ada pilihan untuk guna courier apa kan? sekarang tak lagi :(

PENGALAMAN GUNA SHOPEE EXPRESS

Bermula semalam 17 Jun, kita dah takboleh pilih courier mana yang kita suka! actually dari awal bulan haritu dah ada sesetengah seller yang dah takboleh pilih huhuhu 

Sebenarnya kan, antara salah satu sebab saya suka guna shopee berbanding lazada adalah disebabkan shopee boleh pilih courier, tapi sekarang ni mungkin saya akan berubah hati kepada lazada 🤣

Meh saya kongsikan kepada korang pengalaman guna shopee express, express sangat ke kan? hahaha

SHOPEE EXPRESS LAJU KE?

Kalau selama ni, courier yang laju adalah J&T, tempat saya la 🥱 tapi Shopee Express ni pun oklah, not so bad. laju jugak tapi delivery boy dia malas cari rumah 😅

Order 13 Jun, seller pos 15 Jun dan semalam 17 jun dah dapat. yang geramnya kena gi ambik 😂 yang lain semua okay je. kiranya laju jugak la shopee express ni tapi taktahu la sebab saya beli sebelum 17 Jun kan? hahaha

rasanya lepas ni Shopee Express la kot paling busy 😅 nak beli kat shopee pun takut takut ni 🤣 kang dapatnya kat citylink adoi hahahaha

so korang pernah guna Shopee Express? okay ke tak kat kawasan korang? btw rasa macam nak try beli kat shopee dan nak tengok shopee express ok lagi tak lepas 17 jun 🤣 (cari alasan nak shopping)


Any suggestion nak beli apa? hahaha ok bye!