Assalamualaikum
RESEPI NASI LEMAK ANTI GAGAL |Hi! Siapa kat sini pernah masak nasi lemak tapi asyik tak jadi je! Orang lain masak elok je kejadian dia tapi bila kita sendiri masak, nasik mentah la, nasi lembik la, rupa tak cantiklah 😂
RESEPI NASI LEMAK ANTI GAGAL
Korang jangan risau kalau korang melalui perkara tu semua sebab saya pun pernah haritu masa mula mula masak nasi lemak 😂 nasi tak masak! Mentah! Cemana nak makan? Ha baca blogpost ni <Nasi Lemak Tak Jadi>
So since harini first day lockdown #1hari1resepi, saya nak kongsikan resepi nasi lemak yang selalu saya guna bila buat nasi lemak! Alhamdulillah, haritu 2 hari berturut turut makan nasi lemak sebab orang kat rumah cakap sedap 👀😜
Resepi Nasi Lemak Anti Gagal
Bahan - bahan
1. 2 1/2 cawan beras
2. 2 cawan air
3. 1 kotak santan
4. Sedikit garam
5. 3 helai Daun pandan
6. Seinci halia
7. 2 sudu minyak masak
Cara penyediaan
1. Basuh beras sehingga bersih
2. Masukkan semua bahan bahan lain dan gaul
3. Masak seperti biasa diatas dapur elektrik
4. Semasa nasi tengah masak rajin rajinkan bukak tudung periuk dan gaul
5. Tunggu hingga masak & sedia untuk dimakan 😋
Nasi lemak ni sedap dihidangkan bersama telur rebus, ikan bilis dan juga sambal 😋 memang makan bertambah lah cerita dia!
Selamat mencuba 😍
12 Comments
Hahaha k ret mmg part nasi lemak ni fail sket tp klu soh prepare bahan2 lain mcm samval ke. Telor ke.. Ha kita terror hhhaa
ReplyDeleteuish... senang nye. pejam mata pun boleh.
ReplyDeletelepas ni SS boleh masukkan semua sebati siap2 sebelum letak kt dapur elektrik. mudah kerja. terbaik perkongsian ini. simple but nice!
Nasi lemak macam masak nasi, itu pelik kalau ada orang yang tak tau masak heheheh
ReplyDeleteconfirm menjadi ni..hehe
ReplyDeletePernah masakkk tapi nasi macam tak cukup santan tapi masih boleh dimakan lah hehehe. Slow slow belajar kan :D
ReplyDeletebetul shfyqh..mula2 dulu kak shida msk pn x menjadi ^_^
ReplyDeleteWah, nampak sedap.
ReplyDeleteNasi lemak, yg penting sambal tu mesti main peranan penting dari segi rasa...blh dicuba...sy juga ade kongsi resepi nasi lemak jambah resepi ni dari turun temurun..sy ade cara nk bagi sambal tu sedap kena masak 2-3 jam..
ReplyDeleteTerbaik nice sharing
ReplyDeletesaya tak pernah lagi masak nasi lemak
ReplyDeletexpenah gagal lagi masak nasi lemak ni..sbb ni makanan fav laki, dia kata okay,, memang jadi la tu.hahaha
ReplyDeleteaduduu sedapnya nasi lemak.. siap anti gagal tu.. terbaik resepi ni
ReplyDeletePost a Comment