Assalamualaikum

TENGOK GAJAH DAN MAKAN DI LEMANG TO'KI! | Hi! tahu tahu dah sabtu harini haha rasanya macam baru semalam hari ahad. banyak pulak benda nak kena buat sekarang sampai taksempat nak update blog padahal haritu semangat huhuhu. sepatutnya 16/11 haritu kitaorang bercuti kat PD tapi terpaksa postpone dan memang takda mood nak pergi pun, jadi khamis lepas kitaorang satu family gi Pahang tengok gajah.


TENGOK GAJAH DAN MAKAN DI LEMANG TO'KI!

bukannya gi pahang bermalam pun, balik hari je.. kitaorang gerak awal dalam pukul 8.30 pagi macam tu hahaha cakap kat suami "kalau kita je yang pergi ni, mau tgahari baru gerak kan" sebab kitaorang kalau balik kampung, tak pukul 11 pukul 12 baru gerak, tah sapa lah yang ajar mulakan perjalanan tengahari, tu tayar boleh meletop balik haritu ha hahaha

sampai kat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dalam pukul 10 lebih, terus masuk. masuk sini free je, semua free kecuali tebu untuk bagi gajah makan haha. mula mula masuk, korang akan dapat card yang gantung kat leher tu sorang satu dan ada number sendiri kat situ. then kena masuk daftar nama kat satu borang tu pastu serahkan kat kaunter, settle.


cantik ye tempat ni, bersih je semua bahagian. so kitaorang teruskan perjalanan untuk tengok gajah, ada dua ekor gajah yang dalam kawasan terbuka. first time tengok gajah depan mata XD besar ye awok, tanjat saya haha. abah gi beli tebu nak bagi dorang (gajah) makan, happy betul gajah gajah tu haha! tapi sedih jugak tengok dorang kena kurung macam tu kan. takdelah banyak sangat gajah kat dalam tu, yang kitaorang jumpa ada 7 ekor je termasuk baby gajah yang baru 5 bulan, cute!


then dah settle situ, kitaorang teruskan perjalanan ke Lemang To'ki. takbanyak pun gambar kat sini, sibuk sangat tempat tu. ramai gila orang! ke sana wajiblah makan lemang dia kan, memang sedap lemang situ pastu murah murah jugak. kira berbaloi lah makan situ. taksempat ambil gambar makanan tapi sempatlah ambil gambar depan Lemang To'ki tu :p


balik tu memang barai gila hahaha saya tidur je dalam kereta sebab kenyang sangat dan pening! sebab lalu jalan karak - negeri sembilan hahaha sapa tahu tahu la :3 balik tu terus lelap sampai ke petang, tambah dengan hujan pulak haha! itu jelah trip kalini, dengar dengar minggu depan nak ke Zoo Negara pulak haha, khamis sekali lagi nak ke Perak pulak kenduri, kita jalan je selagi boleh jalan, kang takboleh rentas negeri sedihhh :3