Assalamualaikum

PERNIAGAAN KECIL BESAR TERKESAN DENGAN KENAIKAN HARGA 2022 | Perniagaan kecil atau besar bukan menjadi satu isu. Sikap pemilik perniagaan kecil atau besar ini yang perlu diberi pemerhatian. Perniagaan yang besar pastinya kita faham mereka telah melalui pelbagai pengalaman suka duka dan perniagaan yang kecil kita tahu mereka sedang bertatih-tatih, bagaimana untuk selamat dan di dalam dunia perniagaan ini.

Nak berniaga jangan fokus pada besar atau kecil saiz perniagaan sebaliknya untuk berjaya sebagai seorang peniaga perlu meningkatkan ilmu dalam bidang pemasaran dan keusahawanan. Salah satu pihak yang menyediakan khidmat ini adalah RichWorks yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Rich Works, Datuk Aziz Osman

Datuk Azizan Osman mempunyai kepakaran yang agak tinggi dan pengalaman yang agak besar di dalam dunia perniagaan dan pemasaran. Beliau telah banyak menempa kejayaan demi kejayaan bersama pasukannya. Hari ke hari, masa ke semasa dan tahun ke tahun, pelbagai kejayaan berjaya mereka capai terutama di sepanjang tahun 2021 yang lalu. 

Nak Berjaya Berniaga Kena Ada Semangat Berani - Datuk Wira 

Apa yang pasti untuk berniaga perlu ada rasa berani untuk berjaya dalam perniagaan. Perlu ada rasa agresif untuk berjaya. Bukan bermakna tamak tapi untuk mendapatkan hasil daripada setiap titik peluh yang telah dilakukan terhadap sesebuah perniagaan itu. Bukan mudah nak memajukan perniagaan kerana banyak cabaran yang perlu diatasi.

Daripada hanya duduk mengeluh itu dan ini ada baiknya kembali gerakkan kaki tangan yang Allah kurniakan tu. Untuk berjaya, jika tak ada ilmu pergi cari. Kikis buang rasa ego kerana keadaan bisnes sekarang benar-benar berbeza dengan keadaan sebelum ini.

Awas! Kenaikan Barang Boleh Menjejaskan Peniaga 

Keadaan semasa ekonomi juga perlu diberi perhatian. Keadaan semasa masyarakat perlu diambil kira. Salah satunya isu kenaikan harga barang yang agak drastik. Ujian demi ujian negara kita hadapi maka suka ataupun tidak perlu faham dan mengerti akan keadaan semasa yang sedang berlaku. 

Datuk Wira sendiri alert akan apa yang sedang berlaku. Kata beliau ;

“ Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.”

“ Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.”


Jangan disalahkan takdir atas apa yang berlaku sebaliknya jadikan ini sebagai ujian untuk kita bangkit semula bersama-sama. Apa yang membezakan bagaimana kita mengatasinya.

Sikap Terus Lembab, Boleh Gagal Menunggu Tahap Bungkus!


Jika kita lemah tak mustahil kita akan terus berada pada tahap yang sangat memilukan hati. Jika kita kembali bangkit dengan penuh semangat pula, Inshallah, Allah akan murahkan rezeki berlipat kali ganda atas usaha yang kita buat. 

Bak kata Datuk Wira Dr Azizan Osman lagi ;

“ Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?”


“ Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. “

“ Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? ”


“ Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”
 
Tak ada kawan boleh dapatkan circle, salah satunya dengan bersama group telegram yang telah disediakan oleh pihak RichWorks. Banyak manfaat boleh dapat dari situ bila mana Datuk Wira sendiri ada membuat perkongsian bermanfaat hampir setiap masa.

Yang terbaru ini, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada membuat Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada setiap hari Ahad di sepanjang bulan Februari 2022 ini, bermula pada jam 8 pagi. 


“ Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.” - Datuk Wira 

Program ini khusus diadakan dengan niat untuk membantu berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang dunia perniagaan pada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan berkaitan ilmu usahawan dan pemasaran. 

Kalau tak nak rugi, cepat-cepat rebut tempat untuk dapatkan bermacam ilmu best dengan join channel Telegram Azizan Osman official