Assalamualaikum
MAJLIS PERASMIAN RESTORAN PANDU LALU MCDONALD'S TAMPIN DAN BILIK TERAPI SENSORI RONALD MCDONALD - YAYASAN JAAFAR AHMAD
Majlis Perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald's Tampin
Pada 8 Mac 2022 yang lalu saya berkesempatan untuk meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran McDonald's di Tampin, Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan anda, Restoran McDonald's Cawangan Tampin telah mula beroperasi sejak penghujung tahun 2020 lagi. Bangunan asal restoran ini adalah Rumah Rehat Tampin yang mana telah diambil alih oleh pihak McDonald's Malaysia untuk dijadikan sebagai restoran McDonald's. Restoran ini juga merupakan restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.
Pembukaan restoran McDonald's ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan sebagai salah satu perancangan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan dan secara tidak langsung memberi tawaran pekerjaan kepada komuniti setempat terutamanya di Tampin. Selain itu, McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah.
“Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia. Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald - Yayasan Jaafar Ahmad
Penyerahan Pembayaran Zakat Korporat
Disamping majlis perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald's dan perasmian Bilik Sensori Ronald McDonald, McDonald's Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) yang telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs). McDonald's Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan orang yang memerlukan akan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat.
Syukur dengan segala inisiatif yang telah dilakukan oleh McDonald's dalam meringankan beban para asnaf dan juga kanak - kanak yang kurang bernasib baik selain daripada memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Semoga dengan perkongsian ini dapatlah rakyat Malaysia membuka mata dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa itu RMHC dan RMSR! Semoga McDonald's semakin maju jaya dan dapat menolong ramai lagi golongan asnaf dan B40!
1 Comments
Nice effort la Mcd..
ReplyDeletePost a Comment