Assalamualaikum
DAH KE DOBI BELUM? | Hi. Selamat hari isnin, minggu ni takde monday blues lah kot kan? Tempat korang macam mana harini? Hujan tak? 😆 hari hari tanya benda sama je. Tempat saya harini alhamdulillah dah tak hujan tapi tulah baju semalam tak kering, pastu banyak baju tak terbasuh jadi...
DAH KE DOBI BELUM?
Korang dah ke dobi belum? Hahaha saya sekarang kat dobi tengah tunggu turn nak guna mesin pengering. Kalau ikutkan hati nak je balik terus lepas basuh tadi tapi macam rugi pulak, benda dah ada kat dobi kan, sekali harung jelah haha
Beg saya yang kuning tu 🤪 bukan ikea tapi mydin haha! |
Eh tetiba tengah tunggu turn datang pulak orang cuba nak potong turn. Kadang geram jugak orang macam ni kan, orang lain elok q eh dia datang nak senang dia je. Saya apa lagi pergilah cakap kat dia "turn i sekarang" terus dia ambik baju dia 😂 amboi kita takdan nak kata apa laju ja dia mai ambik turn, padahal kita kat belakang dia ni.
Dah settle, terus masukkan baju. 30 minit lagi settle, dah boleh keluar cari makan pulak jap gi. Lapar betul dah ni. Last makan breakfast tadi makan cikmak 🥴
Balik nanti saya blogwalking okie ❤️ bye!
5 Comments
Ewahhhh! Sesenang je nak potong turn ye. Biasa dia tu. Hihihihi! Tempat ibu pagi ke tengahari tadi panas terik petang sampai lah lepas Isya baru berenti.
ReplyDeleteRasa macam nak pergi dryer je nui. Cuaca mendung tapi baju 2 kali basuh tak kering lagi
ReplyDeleteBasuh baju masih lagi belum ada keperluan pergi dobi. Kadang-kadang ampai dalam rumah.
ReplyDeleteYang paling tak best bila org tu cuci pastu pi tempat lain.. Selalu nampak org suka buat camtu.. Ingat dia tu apa..
ReplyDeleteYang potong Q tu kene rotan ni..hehe
Rotan diikat penuh berduri,
ReplyDeletePenuh perahu sarat muatan;
Adab masyarakat berbudi pekerti,
Yang dahulu, biarlah didahulukan.
Post a Comment