Assalamualaikum
KUCING SAYA HILANG SELAMA 24 JAM! | Hi! post yang lepas cakap esok tu cuti so nak blogwalking kan haha tapi saya keluar gi beli barang rumah, jadi bila balik dah letih malas nak bukak laptop. Esok tu pulak malas jugak, sebab last cuti so lepak lepak depan TV jelah. dan 27 Januari haritu, kucing saya hilang :(
KUCING SAYA HILANG SELAMA 24 JAM!
Oh btw petang jumaat tu saya ada kat rumah, menaip draft yang kena submit. kucing saya pun ada, dalam sangkar. saya bukakkan dia youtube pastu dia tidur, macam biasa time saya nak keluar ke rumah mak mentua saya (hari hari ye) saya akan lepas dia bermain di halaman rumah bersama ayam ayam mil. memang tu jelah kawan dia. dalam pukul 5 masa saya lepaskan dia tu.
dalam pukul 5.30 saya balik teman husband, tengok dia takde pulak. dah panggil pun tak datang, tapi saya ingatkan mungkin dia takut bunyi lori husband so tkpelah. bila menjelang maghrib, saya balik tengok dia takde. haa sudah saya dah cuak dah, mana pulak dia pergi sebab sini memang rumah saya je sorang sorang pastu ada jiran sebuah tapi agak jauh.
saya dah tak tentu hala dah time tu, mana lah dia ni. kebetulan malam tu hujan lebat! lebat sungguh! mana pulak dia nak berteduh kang. nangis nangis saya kat husband :( tidur pun nangis huhu pastu bangun pagi sabfu tu berharap dia adalah depan pintu macam selalu.. tapi
takde. saya pun gi lah pusing pusing kat area reban kambing, kot dia kat situ tapi takde jugak. balik tu saya ajak husband ke rumah jiran saya tu, dan dia cakap memang semalam kucing tu ada situ tapi dia bangun pagi tadi takde dah, sekali kucing dia takde. haaa sudah :( dia dah la siap cakap situ ada anjing liar...
tengahari tu takde selera nak makan. nangis ye jugak haha letih nangis. dia macam entah lah, rasa sedih sangat sebab dah jatuh sayang. lepas tu petang tu hujan, saya pun carilah doa kucing hilang. saya baca sungguh sungguh, saya mintak kat Allah, kalau ada rezeki saya jaga kucing ni lagi, tunjukkan lah jalan balik kat dia.
petang tu jugak dalam pukul 6;45 suami balik, bawak kucing tu. ya Allah terima kasih ya Allah T_T kesian kucing tu lapar, banyak dia makan. mesti masa dia kat luar takde makan pape, kesiannya. salah saya juga takde rasa nak cari kat rumah jiran tu.
Dah jaga sampai gemok mcm ni takkan lah tak sayang 😩 |
so sekarang kucing tu dah jadi indoor cat haha tapi pagi pagi lepas jugak dia bermain tapi saya kena ada sekali la, entah tak tenang kalau fikir dia hilang lagi. dialah peneman saya kat rumah, buat borak borak walaupun kadang kena cakar. semoga panjang jodoh saya dan kucing ni :')
itu jelah kisahnya, harini baru ada mood nak bercerita. huhu
2 Comments
alhamdulillah bertemu juga.. mana tak risau kan
ReplyDeletekannn dh jaga sampai gemok tiba2 hilang pulak
ReplyDeletePost a Comment