Assalamualaikum

DRAMA DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU ASTRO RIA (2024) | Dedaun Hijau Di Angin Lalu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Jamal Khan dibintangi oleh Redza Rosli dan Harissa Adlynn. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 1 Julai 2024 menggantikan Cinta Untuk Sekali Lagi.


JUDUL : Dedaun Hijau Di Angin Lalu

JUMLAH EPISOD : 24 episod 

TARIKH TAYANGAN : 1 Julai 2024

WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis, 10:00 malam 


Pelakon Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

  • Redza Rosli sebagai Assad Effendi / Arsyad Effendi
  • Harissa Adlynn sebagai Intan Samad
  • Aleza Shadan sebagai Marina
  • Khaty Azian sebagai Kamariah
  • Manan Sulaiman sebagai Effendi
  • Mon Rasli sebagai Dahlan
  • Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
  • Ku Faridah sebagai Nek Kinah
  • Omar Abdullah sebagai Tok Hassan
  • Faye Kusairi sebagai Jamaliah
  • Esma Daniel sebagai Khairuddin
  • Idzham Ismail sebagai Bohari
  • Wanns Ahmad sebagai Mazlan
  • Razman Mahayuddin sebagai Suratman
  • Rasya Dean sebagai Maswati
  • Elvina Chua sebagai Elizabeth

Sinopsis Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Intan dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.

Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.

Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji. Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.

Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?

OST Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Adakah Kau Pasti - Keka Nizam