Assalamualaikum

HASIL BURUAN DI PASAR MALAM JUMAAT | Hi, taksangka harini dah 6 hari dalam tahun 2018, rasa kejap sangat. esok dah cukup seminggu. semalam lepas balik kerja, sha balik rumah dulu sebab janji dengan cousin nak pi pasar malam, bila dah sampai dia takdak pulak pi rumah tok dia tapi sha teringin satay pastu sha pun macam takpalah pi sorang pun. rasanya baru kali kedua kot pi pasarmalam sorang hahaha walaupun time tu baru pukul 6, bukan pasar malam pi malam pun tapi tetap nak berteman.


jenis sha kalau keluar pergi mana sorang sorang memang sha akan set kat mana nakpi, nak beli apa, kiranya dah confirm siap siap sebelum keluar. so sha nak satay dan ice blended! sampai je pasar malam tu terus gi order satay tu, makcik tu macam dah bosan tengok sha sebab hampir setiap minggu beli satay, oh please lah sapikah haha. pastu makcik tu cakap kena tunggu kejap, sha pun macam ha takpalah nakpi beli benda lain dulu. sha pun pi lah kat ice blended tu, order ice blended chocolate special.


sebenarnya gambar kat atas ni diambil sebab nak tayang kat one of my friend yang dah tayang ice blended dia masa sha tengah kerja -_- harga ice blended ni RM4. mahal tak? hahaha tahlah, kalau buat minum kadang kadang tu okey ja harga dia, so lepas siap ice blended tu pi semula kat satay, yay dah siap. semalam beli 40 cucuk uolls haha bukan untuk sha lah semua tu, untuk mak, maktok dgn adik sekali. sha dengan adik makan satay daging while my mom dengan maktok makan ayam.


teruk jugak edit kali ni *sigh* haha tapi kalau gelap dia macam taknampak langsung. ok balik je dari pasar malam terus ambik pinggan and tadaaaaaaaaaa! sedia untuk dimakan. alhamdulillah satay ni takpernah tak sedap tau hahaha secucuk RM 0.50, kalau kat sini memang harga tu lah paling murah. semalam kuah kacang ni dia macamhangit sikit tapi habis jugak hahaha. korang suka satay tak? 

ok bai!