Assalamualaikum
KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYYAH | Salam jumaat semua. harini sha rasa nak share something yang cikgu sha pernah bgitau sha dan kelas haritu. tapi masa mulamula dia bagitau sha tak amalkan pun huhu. tapi lepas sha amalkan, alhamdulillah nampak banyak sangat perubahan dalam hidup sha.
Selawat Tafrijiyyah yang juga disebut Selawat Nariyah yang bermaksud terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Tafrijiyyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
KELEBIHAN ZIKIR TAFRIJIYYAH
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak akan putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
Lepas sha amalkan selawat ni, alhamdulillah semua kerja sha dipermudahkan. rezeki pun takpernah putus. kadang kadang tu gaji dah habis semua ada orang belanja makan. menyesal tak amalkan masa dulu dulu masa cikgu bagi dulu haha. sha mula mula susah jugak nak hafal, so sha cara yang jenis menyanyi punya haha. sha tengok video kat bawah ni, pastu slow slow hafal dan alhamdulillah skrg takpayah menyanyi pun boleh hafal hehe
3 Comments
Kak ana start hafal selawat ni sejak puasa last year. Hari2 dengar dkt YouTube lama2 hafal dah.
ReplyDeleteIn Shaa Allah, abam kie akan cuba amalkan. Thanks for sharing...
ReplyDeleteJom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html
banyak sunnah yang dapat permudahkan urusan kita kan. cuba kita ja sebagai hamba malas nak explore. allahuakbar. semoga kita semua diberi hidayah :D
ReplyDeleteThanks for sharing !
Post a Comment