Assalamualaikum

BANYAKNYA DRAMA MELAYU! | fuh akhirnya dapat jugak update blog pakai pc haha bukan busy sangat tapi more to taksihat, dari kulit gatal gatal ke sakit perut haish dugaan betul puasa tahun ni. dengan pakej takberapa ada selera nak makan huhu. ok dah dah, jom cerita pasal tajuk tu. sha taktau lah sha je ke yang perasan benda ni tapi memang banyak betul drama melayu sekarang hahaha sha sampai taksempat nak ikut setiap drama la cerita dia. bawah ni sha listkan drama yang sedang ditonton dan akan ditonton (mungkin)

SEDANG DITONTON

1. Rahsia Hati Perempuan


Sha dah blogpost pasal drama ni. tbh sha suka gila drama ni walaupun geram selalu dengan mira filzah hahaha i mean watak dia kat dalam drama tu. sebab sha suka drama ni sebab mengenai friendships. full sinopsis - BACA SINI

2. Klik! Pengantin Musim Salju


SINOPSIS : Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

drama ni pun best! sebab nana dengan alif memang gandingan yang mantap la kan. suka tengok alif, dia punya mengusik tu nampak natural hehe


3. Makmum Yang Paling Aku Cinta


SINOPSIS : Mengisahkan tentang seorang gadis bisu yang cantik dan digilai ramai, Nailufar . Kisah bermula apabila seorang datuk telah jatuh cinta kepada gadis bisu tersebut dan ingin mengahwininya. Tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk itu, anaknya (Amru) bertindak menyiasat perkara itu. Namun keadaan menjadi semakin keliru apabila Amru mula merasa kesian dengan Nailufar setelah menyelamatkannya dari menjadi mangsa pemerkosaan Nabil (lelaki nakal di kampung).

Apakah kesudahan kisah ini apabila Amru merahsiakan perkahwinannya dari pengetahuan bapanya?

sha boleh habiskan 6 - 7 episod sekali tengok cerita ni, dia punya teringin nak tau tu peh takleh dibendung hahaha, kadang tengok kat tempat kerja kan pastu sambung tengok kat rumah :p lakonan bella dally dengan nazrief memang masuk dan best sangat uolls!


AKAN DITONTON 

1. Bila Aidil Ada Fitri


SINOPSIS : Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan ibu kepada Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya. tetapi tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. 

Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

cerita ni bukan tak best, best siap kelakar lagi tapi mungkin faktor pelakon kot :p sha tengok 2 episod pastu dah takboleh teruskan dah hahaha


2. Nur (TV3)


SINOPSIS : Mengisahkan Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal yang jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Nur. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Adam. 

Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian ini?

sha ada baca review pasal drama ni, memang banyak positif feedback. semua cakap best tapi kenapa pukul 10??? sha dah masuk waktu tidur dah time tu ha :p dah la ada capik kyle. nak kena tengok jugak la lepas ni


3. Halalkan Hati Yang Ku Curi


SINOPSIS : Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. 

Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

the main reason tak tengok drama ni adalah sebab waktu nak berbuka hahaha, time ni sha duk gaduh dengan syazwan sapa nak potong murtabak sapa nak sediakan air apa semua mana sempat nak tengok tapi tengok pelakon macam best. soon ok :p



sha ni memang sejenis manusia yang gilakan drama pun, ni baru drama melayu belom kdrama lagi tapi bulan puasa ni memang kurangkan kdrama sebab dorang selalu buat aksi aksi hahaha takyah cerita la. drama melayu pulak memang kalau bulan puasa ni banyak drama yang banyak pengajaran la kan. tapi! yang sha paling taksabar sekarang nak tengok andainya takdir 2!!!!!!!