PERMATA HATI WILAYAH - ZIARAH IBU MUDA DI WAD BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN | Hi korang! Korang pernah dengar tak pasal Program Permata Hati Wilayah ni? Mesti korang tertanya tanyakan apa Program Permata Hati ni, cerita pasal batu permata ke? eh no no. Meh sini sha terangkan apa itu Program Permata Hati Wilayah.
Program Permata Hati Wilayah ini merupakan salah satu inisiatif yang diusahakan oleh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur &
pihak Wilayah Persekutuan dan aktiviti ini disokong oleh Puteri UMNO Titiwangsa. Program ini dijalankan dengan memberi bantuan kepada ibu-ibu yang baru menimbang cahaya mata khususnya golongan belia.
|
source : google.com |
kalau korang nak tau tujuan program ni dilakukan adalam untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ibu - ibu yang baru bersalin, tambahan pula ibu - ibu yang baru first time melahirkan. yelah kan semua benda kena beli baru. program ni dilakukan khusus untuk penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur. Pelbagai jenis bantuan yang diberikan dan antaranya adalah pakaian bayi, barangan keperluan untuk bayi dan lain 0 lain. walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa tapi Sha berharap para - para ibu dan bayi dorang rasa dihargai dan merasa beruntung masih ada masyarakat yang prihatin.
|
sumber : FB |
Program Permata Hati Wilayah ini akan ke hospital-hospital berdekatan atau yang terpilih untuk melawat ibu-ibu dan bayi mereka . Baru - baru ini, Puteri UMNO Titiwangsa telah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melawat ibu-ibu yang baru bersalin dan memberikan sumbangan kepada lebih 100 ibu yang bakal dan baru melahirkan anak di situ. Terlihat senyuman dibibir ibu ibu yang berjaya berjuang demi seorang bayi yang mungkin bakal menjadi pemimpin Malaysia pada masa hadapan.
|
source : google.com |
Dengan adanya program-program seperti ini dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan. sha harap program - program macam ni dapat diteruskan pada masa hadapan dan bukan sahaja di Kuala Lumpur juga dinegeri - negeri lain. sebab pada sha program yang macam ni dapat memberi banyak faedah kepada ibu bapa dan juga bayi terutamanya pada golongan yang serba kekurangan. selain itu, dengan adanya program sebegini, kita dapat membentuk masyarakat yang penyayang dan mengambil berat antara satu sama lain. Sememangnya inisiatif pihak Wilayah Persekutuan menjalankan program ini patut diberikan pujian dan diucapkan syabas!
13 Comments
Nak lalui saat bersalin dan lepas bersalin bukan suatu yg mudah..ada sedikit bantuan amat berharga bg yang memerlukan
ReplyDeleteProgram yang bagus.. Membantu mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteSemoga dapat meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan, usaha yang bagus..
ReplyDeleteBagus program ni membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteRezeki baby semoga program ne di perluaskan di semua hospital
ReplyDeletebantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.
ReplyDeleteselalulah buat program mcm ni..at least mengembirakan hati ibubapa yg baru dpt bb
ReplyDeleteMesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban juga tu... :)
ReplyDeletebarutau ada program ni
ReplyDeleteSedikit sebanyak dapat ringankan beban
ReplyDeleteBagusnya program buat ibu dan anak ni kann
ReplyDeletesemoga dengan program ni dapat ringankan beban mereka. aminnn
ReplyDeleteohh dari tahun lepas dah bantuan ni. tapi den baru tahu haha
ReplyDeletePost a Comment