Assalamualaikum

PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGGUNAKAN J&T EXPRESS | Hi selamat pagi! Alhamdulillah dah masuk bulan November harini, siapa birthday bulan November angkat tangan! haha, harini sha nak share pengalaman first time guna J&T Express ni dan ada cerita disebaliknya acewah hahaha

SELALU NAMPAK VAN J&T EXPRESS

tempat kerja sha kan tepi jalan je, jadinya selalu sangat nampak van J&T Express ni, duk cakap sendiri la - takdak ka sapa sapa nak hantar barang kat aku pakai J&T Express ni, malangnya memang takdak haha! tapi petang 30 Oktober haritu masa perjalanan pulang ke rumah sha terjumpa van J&T ni pastu abang van tu senyum kat iolls! hehehehehehe sha pun balik je rumah terus tweet gini, konon nak mintak orang suprise kan  la tapi ayat mesti la kena twist sikit he he

tengok masa

sambil sambil lepas tweet tu sha duk scroll timeline kan tetiba..... masuk satu mesej, mesej yang buat sha rasa nak lompat kegirangan hahaha


ini macam mimpi menjadi kenyataan gais! bayangkan tak sampai 5 minit tweet tetiba dapat mesej macam tu! hahaha duk fikir sapalah hantar barang kat iolls ni :p tanya pakwe dia cakap takde pun -_- hahahaha jadinya sebab first time guna perkhidmatan J&T ni kan, excited la duk check tracking sedia sedia hahaha

 
pos PETANG 30 OKT sampai PETANG 31 OKT wowww! so wowwww! sha duk tengok yang drop point last tu, ala tak keluar delivery ke haha sebab masa tu dah dekat 5.30 dorang datang hantar, sebaik awal sikit kalau tak esok jugak la baru dapat. pastu ada orang call "heloo cik shafyqah ye, saya ada barang dari J&T, ada depan ni, nampak tak van merah" terus berdiri haha dengan excited nya cakap "ye nampak, kejap" terusla gi jalan ambik barang sebab dia takboleh masuk sini ada pasar malam

Akhirnya berjodoh jugak kita

suka tengok van dorang! hahaha dah la merah ang ang :p tapi maybe sebab baru lagi kot itu yang cantik gila tu hahaha fuhh pastu balik terus excited nak bukak apa yang dapat sampai lupa dah pasal abang handsome tadi k jk jk :p


eh nak tau tak apa ada dalam parcel ni? ala nanti lah kita cerita hehehehe~ okbai!

Thankyou J&T Express for your superb service! 





ps ; servis J&T dikawasan saya memang terbaik, paling lambat 3hari barang dah sampai tangan, paling laju pos harini esok dah sampai. lain kawasan lain servis dia. komen bebaik, kata kata tu satu doa 🙏🏽 dan saya tak kerja dengan J&T 😂