Assalamualaikum

BYE 2018, HELO 2019 | sedar tak sedar tinggal beberapa minit je lagi nak masuk tahun 2019, rasa macam baru semalam berumur 22 tahun hahaha esok dah 23 tahun dah, & anyway - Happy Birthday kepada sesiapa yang menyambut birthday harini, hahaha akhir tahun sangat kan :p


its been a hard year for me until i meet someone who can handle me ha ha ha ha ha bayangkan lah daripada broken kemain sampai setahun tak moveon dan datang seseorang terus rasa selesa nak mula berkawan balik. Rasanya susah tau nak dapat rasa ni sebabnya dulu ada yang nak kenal kenal even as kawan tapi langsung takda rasa nak kenal tu sebab rasa “lelaki semua sama” tapi yang sekarang ni lain hahahahaha so glad that I could know him walaupun saya yang mula nak kenal dengan dia. Ceritanya bila ternampak gambar dia kat ig dan terus stalk dan like gambar gambar dia. Tbh dia memang bukan lelaki yang sha nak & then dia yang dm pastu bermulalah kisah kenal mengenali kami. Masa tu bulan puasa, cerita pasal terawih, sahur. Sebab apa cerita pasal ni, sebab esok cukup 200 hari kenal dia hahahaha drama sangat kan! Berapa hari kenal pun nak kira, well perempuan kot.

Itu cerita bahagia, cerita sedihnya pula bila sebelum saya mengenali si dia. Saya sampai lupa yang saya pernah bahagia disebabkan seseorang mengecewakan saya. Umpama gantung tak bertali bila mana dia macam nak tapi sebenarnya dia taknak, dia datang bila dia rasa dia perlukan teman, nak kan orang yang menghiburkan dia tapi bila dia dah rasa bosan dia pergi dan akan ada satu ketika dia datang semula memberi harapan. Salah saya sebenarnya bila mana saya tanam dalam diri saya, saya taknak moveon dan saya nak sakit yang saya tanggung pada masa tu dijadikan pengajaran paling besar dalam hidup supaya jangan mudah sayangkan orang, jangan mudah jatuh hati, jangan terlalu sayangkan seseorang tu melebihi diri sendiri. Tapi tu rancangan saya, tapi sekarang saya dah bukakan hati saya kepada orang yang menyayangi saya melebihi saya sayangkan dia. Ya, belum ada hubungan yang halal, doa doakan lah 

Cerita lain yang saya nak catat dalam blog ni adalah pasal pekerjaan saya. Semalam semasa saya dalam perjalanan nak ke Alor Setar, saya mendapat satu Whatsapp daripada boss saya yang menyatakan perkhidmatan saya sudah tidak diperlukan, bermula Januari 2019. Sebabnya biarlah saya ja yang tahu. Sepanjang jalan nak sampai ke Aman Central terasa jauh untuk saya, rasa macam ada satu batu yang menghempap didada, sedih kehilangan pekerjaan, sedih tiada lagi punca pendapatan yang tetap, sedih memikirkan masa depan ha ha ha ha disebabkan terlalu berfikir, sehinggakan saya tertidur semasa menonton Aquaman… itulah kelemahan saya, bila terlalu sedih saya akan senang tertidur. Tapi bila difikirkan balik, kenapa perlu bersedih? Rezeki Allah luas, mungkin dah tiada rezeki disitu, mungkin rezeki kat tempat lain, mungkin rezeki lepas ini lagi baik. Sekarang saya secara rasminya pengganggur terhormat hahaha semoga dimurahkan rezeki pada tahun 2019.

Terima kasih 2018, Selamat Datang 2019 – Im ready 