Assalamualaikum

HERITAGE SIXTEEN, GEORGETOWN PENANG | hi! ya ampun rindunya iolls dengan blog iolls! baru cuti berapa hari blog dah tergendala dah, cemana lah kalau tiap bulan sha travel :p mesti krik krik teruk la blog ni.


so ceritanya sha gi jalan jalan penang! ha ha ha jalan jalan penang pun dah syiok sangat wehhh, ingat senang ke family nak lepaskan gi jalan jalan. dah la gi dengan kawan, hikhik tapi alhamdulillah selamat pergi dan balik. sha gi Penang sabtu dan balik isnin, kiranya 3 hari 2 malam la. tapi entry yang ni nak cerita pasal penginapan malam kedua kitaorang kat penang.

HERITAGE SIXTEEN, GEORGETOWN PENANG


sha booked tempat ni melalui agoda. sebabkan memang bajet below RM100 untuk satu malam, so kami pun pilih la yang ni. sebab dah lewat sangat dah booking pun, dan banyak kali pulak tu cancel sebab ikut perancangan nak gi 4 orang tapi last last kawan takdapat join, pastu ingt nak gi jumaat balik ahad atau boleh la lajak hari isnin kan :p tapi jumaat tu kawan gi penang dengan family dia, so yeah~ tempat ni je murah, so ambik jelah. kitaorang cari yang bayar kat kaunter ngeh ngeh

KAUNTER

TEMPAT MINUM

TEMPAT MINUM

actually sebelum checkin kitaorang call hahaha pastu dia cakap "english only" pastu kawan sha terus matikan call lepas cakap its ok bla bla kan. sebenarnya nak tanya boleh tak nak letak beg situ dan kitaorang gi jalan jalan dulu pastu nanti balik kitaorang checkin hahaha tapi dah takjadi nak cakap gitu, kitaorang gi jalan jalan ke lain dulu la, pkul 3 gitu baru checkin

TANGGA UNTUK NAIK KE BILIK

BILIK KITAORANG | NAMA & NOMBOR BILIK

BILIK BAHAGIAN BAWAH

BILIK BAHAGIAN ATAS

TUALA DISEDIAKAN

KATIL BAHAGIAN ATAS

TANGGA UNTUK NAIK KATIL BAHAGIAN ATAS

TEMPAT LETAK PAKAIAN

SLEEPING BEAUTY :p

CANTIKNYA BILIK KAT HERITAGE SIXTEEN! DAH LA MURAH!

dah tadi sha cakap kitaorang cari bilik yang bawah RM100 kan, tapi mana nak dapat sebab gi hujung minggu + masa cuti sekolah pulak tu, jadinya harga satu malam 1 bilik untuk 3 orang RM 102 dan depo (dapat balik masa checkout) RM 50. cuma bilik yang kitaorang pilih ni shared bathroom TAPI! takrasa macam share pun sebab sha perasan yang ada banyak sangat toilet kat sini, dan toilet paling dekat dengan bilik kitaorang memang betul betul sebelah bilik kitaorang hahaha

TANDAS 

actually sebelah bilik tu ada dua toilet tapi entah mana lagi satu gambar hahaha. kiranya 1 ni memang bathroom dan lagi 1 bathroom + toilet. toilet dia memang bersih, selesa je walaupun shared. dalam toilet ada disediakan shampoo dan ada tempat untuk sangkut pakaian dan juga ada sliper.

BUKU RUJUKAN

PELAN TEMPAT MENARIK

Dalam bilik juga disediakan sebuah buku yang ada tempat tempat makan yang berdekatan dengan Guest House  ni, siap ada waktu kedai beroperasi & no phone~ selain tu ada juga dalam buku rujukan tu tempat menarik sekitar guest house tu, tempat kitaorang ni mcm memang cun cun lah! tempat ni juga ada wifi, laju pulak tu! memang kitaorang sampai sayang nak tinggal bilik masa lepas checkin tu hahaha!

DALAM BILIK ADA CERMIN BESOOO PUNYA

OK KE TAK HERITAGE SIXTEEN NI?


for me sangat sangat okay! sebab harga murah tapi bilik cun melecun! sampai sayang nak checkout wehhh siap cakap nanti datang Penang kena datang sini jugek hahaha. cuma yang takbestnya tempat ni macam semua bukan muslim je hahaha tetiba kitaorang 3 je muslim tapi dorang takde la kacau ke apa, siap pagi tu ada mat saleh cakap "morning lagi". tempat ni jugak memang dekat dengan penang art street, tapi kitaorang naik grab haritu ha ha ha ha rugi gila!kalau jalan mesti lagi best. 

REVIEW
Value for money : 5/5
Location : 5/5
Cleanliness : 4.9/5
Staff : 4.5/5
Facilities : 4/5

Heritage Sixteen
ADDRESS : 16 Lebuh Cranarvon, Lorong Cheapside, Georgetown, 10450 George Town Penang
NO TEL : 04-261 0019




okbai!