Assalamualaikum


REVIEW : PEMBERSIH MUKA SAFI STRAWBERI LEMON & HABBATUS SAUDA | Hi korang! sha macam takda benda dah nak cerita ha ha ha ha tak pasal makanan pasal produk, nak jugek cerita pasal pi jalan jalan macam orang lain tapi tu lah tu, takdapat lagi jalan jalannya. jadinya harini sha nak cerita pasal cleanser yang sha dah try dah habis pun~


PEMBERSIH MUKA SAFI STRAWBERI LEMON & HABBATUS SAUDA

Perempuan & skincare memang takleh pisah eh tipu je, sha yang takleh pisah dengan skincare hahaha! takboleh pisah satu hal, teringin nak mencuba satu hal. sebelum cerita pasal cleanser, nak cerita zaman dulu (macam dah tua sangat) haha, dulu masa duk asrama kan, pencuci muka paling femes fair & lovely kalau tak silap hahaha sha pulak takda duit weh nak beli, seminggu rm20 untuk makan ja. pastu apa lagi, guna pencuci muka kawan la hahaha kawan sampai naik meluat :p tu cerita dulu la, sekarang ni pantang nampak produk baru mesti nak try! so yang terbaru (takda la baru sangat, dah habis pun) adalah produk dari SAFI.

semua sedia maklum rasanya mengenai produk Safi ni, sapa je yang taktau kan? sekarang pulak Safi memang banyak sangat sangat keluarkan produk sampai tak terkejar sha nak beli! yang best pasal Safi ni adalah produk dia kebanyakkannya murah je, kiranya mampu milik.

bahagian depan produk

bahagian belakang produk

bahagian dalam produk


haritu, sha kehabisan cleanser sebab cleanser share dengan adik dan sepatutnya kalini dia yang beli sebab turn dia! tapi dia asyik lupa ja, menyampah iolls, jadi sha pun beli je lah yang murah murah. nampak packaging cleanser Safi yang ini nampak menarik gila sebab warna dia kan, pastu try bau peh wangi rasa nak makan kahkah! jadinya sha beli lah, yang kecik punya RM 5-6 gitu tak ingat. lagipun cleanser ni ada tulis "Mengawal Minyak" so sha rasa sesuai la dengan muka berminyak sha. jadinya sekarang sha nak share result selepas guna cleanser ni~


REVIEW : sorry but ni maybe kali terakhir sha beli cleanser ni huhu. walaupun harga okay kan tapi maybe tak sesuai dengan sha punya kulit. bila cuci muka pakai ni, kulit jadi kering gila! tapi sebaik i ada serum & moist yang superb! pastu sha baru perasan yang muka sha naik jerawat, ada kecik ada besar :( at first sha memang suka sangat sangat dengan bau dia sampaikan tu jadi sebab kenapa sha beli this cleanser tapi sha lupa yang wangian ni sebenarnya takbagus untuk muka~ 

Bau : ❤❤❤❤❤/5
Keupayaan membersih : ❤❤❤❤/5
Kelembapan : ❤/5
Harga : ❤❤❤❤❤/5
Repurchase : No




** this is not a sponsored post & all opinions are mine
*** this product maybe do not works at me & maybe works on you