Assalamualaikum
DR.WU - JENAMA PENJAGAAN MUKA NO1 DI TAIWAN | Hi! sebagai seorang perempuan yang normal, sememangnya sha amat mementingkan mengenai penjagaan muka. kalau yang selalu baca diblog sha (perasan jap), mesti korang banyak baca mengenai produk produk yang sha guna kan? kalini sha terpanggil untuk mencuba produk dari DR.WU pulak
MENGENAI DR.WU CLINICAL SKINCARE
Dr.Wu merupakan jenama penjagaan kulit yang terkemuka di Taiwan. Jenama ini mula menempah nama di Taiwan pada tahun 2003 oleh ahli dermatologi terkenal Dr Ying Chin Wu bersama anak sulungnya Eric Wu. berbekalkan pengalaman dalam bidang klinikal selama 40 tahun maka terciptalah produk produk penjagaan kulit dari Dr.Wu~
DR.WU ANTI ACNE SYSTEM (aekni:17)
haritu masa tengah pilih produk mana yang sha perlu ada, time tu ada jerawat tau 😂 maka sha pun pilih la untuk yang acne & kulit sha pulak jenis oily so dorang recommend sha set ni. bestnya set ni bukan saja untuk masalah kulit berminyak tapi juga untuk kulit berjerawat, berparut & pori pori terbuka 😍 ok jom tengok satu per satu produk yang sha guna ni
🔥GENTLE CLEANSING GEL WITH NIACINAMIDE
kuantiti : 150ml
harga : RM 125.00
pencuci adalah benda yang paling sangat penting ya gais hahaha BENDA WAJIB ada! yelakan lepas lepas seharian wajah kena habuk dan kotoran, balik rumah wajiblah cuci muka kan!
kenapa cleanser ni bagus?
👉 diformulasikan dengan acid amino which is very mild
👉 mengelakkan pori tersumbat tanpa menhapuskan kelembapan kulit, sesuai untuk kulit jenis sensitif
👉 mempunyai Vitamin B3, Chamomile dan ektrak aloevera dimana dapat melembutkan kulit & mengurangkan parut
cara menggunakan
👉 picitkan cleanser ke tapak tangan secukupnya & jadikan foam
👉 urutkan seluruh wajah & bilas dgn air suam
REVIEW
sejak sejak guna cleanser ni, kulit muka sha jarang berminyak secara berlebihan. selama ni kalau tghari memang muka berminyak sampai boleh goreng ikan 😹 sekarang kalau kluar time tghari pun makeup pun smooth je tak bercapuk macam dulu. yayy suka! 😍
🔥 PORE CLARIFYING TONER WITH BHA
kuantiti : 150ml
harga : RM 149
selepas cuci muka, toner is a must. ada juga baca, dorang cakap toner takpenting 😂 i was like "WHATTTTT? R U KIDDING ME?" pada sha toner ni pun penting 😂 wajib ada! tak kisah la taksempat cemana pun wajib pakai toner
kenapa perlu ada toner ni?
👉 bebas alkohol dan mengurangkan minyak diwajah tetapi tetap melembabkan kulit
👉 pantas mengawal sebum dan mengurangkan minyak diwajah bagi mengahalang pori tersumbat
👉 Mandelic Acid, Niacinamide dan Panthenol dapat menghasilkan kulit muka yang sihat dan lembut
cara menggunakan
👉 sapukan toner di wajah & leher
👉 gunakan setiap hari - siang dan malam
REVIEW
apa yang sha nampak lepas guna toner ni adalah pori pori diwajah sha makin kurang kelihatan 😍 walaupun takdalah sampai taknampak langsung tapi its worth to try! selain tu, kulit muka sha pun rasa lembut je
🔥 INTENSIVE BLEMIST SPOT TREATMENT WITH BHA
kuantiti : 15mla
harga : RM 199
to be honest sha jarang guna produk jenis ni sebab sha jarang percaya 😂 so for this product sha suruh adik guna, walaupun adik sha lelaki tapi dia rajin tau kalau bab muka 🤣
kenapa perlu cuba spot treatment ni?
👉 telah terbukti dapat menghilangkan blemish dan mengurangkan blemish mark
👉 mengandungi Niacinamide (B3) dan Tranexamic acid untuk menyekatakan tona kulit & jelas mengurangkan blemish mark
👉 mempunyai tekstur seperti serum dimana sangat lembut dan sesuai untuk kulit sensitif
👉 dengan penggunaan setiap hari dengan kerap ; kesan dapat dilihat dalam masa 3 hari
REVIEW :
adik sha cakap best guna spot treatment ni, sebab rasa sejuk je kat tempat dia letak tu. pastu dia cakap ada beza, dah kurang parut jerawat dia tu. sha mintak nak guna terus dia cakap dah bagi mana boleh ambik balik 🤣🤦
overall hasil dari penggunaan produk dari Dr.Wu ni memang nampak perubahan kat sha & juga adik sha 🙄 antara cleanser & toner tu sha suka toner lagi! memang berkesan sangat kat sha 😍😍😍
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Website : https://en.drwu.com
Ig : drwu_my
Fb : DR. WU MALAYSIA
Korang boleh dapatkan produk DR.WU ni di SASA & WATSONS TERPILIH 🌿
9 Comments
wow produk from taiwan.cantik lah lepas ni nanti
ReplyDeleteMemang suka kalau produk2 yg dh ada dermatological testing, lg ada kepercayaan dan keyakinan nak beli :) Sebab tak semua jenis kulit sesuai dengan pencuci muka yg ada sekarang.
ReplyDeletefirst time dengar.. bila
ReplyDeleteproducts jenis sapu ni memang akak pentingkan kalo dia x melekit2. ituuu paling penting..
rasanya tak pernah try produk dr taiwan... selalu dgr dr indonesia, korea n jepun...
ReplyDeleteterima kasih sharing. jarang dengar jugak produk daripada taiwan. hehe. sangat bermanfaat :)
ReplyDeleteBaru je baca pasal Dr. Wu ni dekat Twitter.
ReplyDeleteMenarik produk ni esp yg toner tu rasa berkenan sangat..kena kena tunggu gaji baru boleh nk sambar nnt
ReplyDeleteFirst time dengar.. produk menarik untuk rawatan acne ye sha..
ReplyDeleteada full set memang bagus la.. cukup step by step nya.
ReplyDeletePost a Comment