Assalamualaikum
ID.AZ FACE FIT CU-V SLEEPING MASK | hi, perempuan dengan kecantikan mana boleh dipisahkan kan? sha dulu jenis cuma kisah pasal skincare waktu siang je, waktu malam memang cuci muka pastu tidur 💤💤 cuma bila dah jadi "anak dara" ni haruslah tidur pun cantik 😆😛 jadinya sekarang, night routine sha 👇🏼
cleansing (oil&foam) 👉🏽 toner 👉🏽 SLEEPING MASK 👉🏽 beautiful sleeping 😂
yes, sekarang sha makin rajin 😂 sebelum tidur pun umpama pagi masa nak pi kerja tau, paling paling pun 20 minit nak bersiap 😛 ceritanya sha nak kongsi dengan korang pasal sleeping mask yang sha guna sekarang ni, baru dua minggu lebih guna tapi kesan dia cenggini 👍🏼👍🏼👍🏼
ID.AZ? APA TU?
pernah dengar pasal brand ID.AZ? kalau belum, meh nak cerita sikit. brand ni adalah brand dari Korea yang diwujudkan pada tahun 2014. mereka menumpukan lebih perhatian kepada pengguna yang memiliki kulit sensitif 🤓
inside ID.AZ products, we filled them up with A to Z of ID's know - hows for a smaller face
ID.AZ : FACE FIT SLEEPING MASK
first impression sha bila bukak ja packaging sleeping mask ni terus macam wow so nice lah 😂 sebenarnya packaging yang cantik jugak penting supaya kita rajin nak guna kan kan kan?
korang tengok la packaging dia!!!! omaigad!! bila bukak pulak bekas sleeping mask ni, aduh kenapa ni asyik jatuh cinta berkali kali ni dengan sleeping mask ni? 😂 masa bukak tu tengahari tau, jadi try la sapu kat tangan. terus taksabar nak tunggu malam! tekstur sleeping ni nampak thick tapi bila disapukan di wajah cepat je meresap 😍 i likeee!
KELEBIHAN ID.AZ : FACE FIT SLEEPING MASK
💆🏻 meningkatkan keanjalan wajah
💆🏻 memperbaiki kulit yang kendur
💆🏻 menegangkan kulit
CARA PENGGUNAAN ID.AZ : FACE FIT SLEEPING MASK
✨ selepas membersihkan muka & gunakan toner, sapukan sleeping mask ke seluruhan wajah && have a good sleep
✨guna setiap hari sebelum tidur
alhamdulillah, sleeping mask ni sesuai dengan muka sha. bangun pagi pagi tengok muka berseri je 😛 kulit muka sha pun rasa makin anjal! pori pori terbuka pun macam makin mengecil je sejak guna sleeping mask ni, cuma harap harap lepas sebulan guna ni boleh lah dapatkan V Shape 😍
CARA MENGGUNAKAN : ❤❤❤❤❤/5
KEBERKESANAN : ❤❤❤❤❤/5
HARGA : ❤❤❤/5
REPURCHASE ; YESSSSS
PRICE & WHERE TO GET
normal price ; RM 199
korang boleh dapatkan sleeping mask ni kat Watsons mulai Februari 2019 atau boleh beli di 👇🏼
Watsons online : Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask
For more information
Website : http://m.en.id-az.co.kr/
IG : idplacosmetics_my
9 Comments
menarik tu...tapi nampak gaya kena menabung la sbb bajet tak de..huhu
ReplyDeletefuiyooo..nmpk beza tu,sha...tazabarr plak nak rasmi yg k.fiezz punya...
ReplyDeleteWah, hebatlah sleeping mask ni
ReplyDeleteNampak perbezaan. muka awak terus nampak clean.
ReplyDeletehttp://www.imaginasiklasik.com/
Terpikat tengok hasilnya. Tapi reganya, mak ai.. menangis jugak kat tepi bucu katil. haha
ReplyDeleteperghhh DAEBAKKKK HARGA DIA! hahahaha.mahai bak hang. tapi kalau berbaloi, apa salahnya kan :D
ReplyDeletejemput join segmen blog saya hehe http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html
Waw. Nampak ketara perbezaan tu. Tetiba rasa nak po beli sleeping mask sekarang juga.
ReplyDeletebestkan produk idaz ni rasa jatuh cinta terus kan!
ReplyDeleteRajinnya sha pakai sleeping mask.. patutlah makin comel..
ReplyDeletePost a Comment