Assalamualaikum
OKU 3 JARI MAMPU BERJAYA DARI ZERO TO HERO SUNGGUH MENGAGUMKAN!| Hi! Selamat hari bekerja kepada semua yang bekerja termasuk suri rumah 😛 selamat bercuti juga kepada semua yang bercuti & selamat bekerja kepada yang bekerja pada hari pekerja ni hihikk. petang petang macam ni takda buat apa duk scroll Facebook tetiba ternampak 1 video mengenai Khairul Nizam, Pengasas Jamumall.com.
tersentuh betul sha bila tengok video yang Khairul Nizam post di Facebook beliau, korang boleh tengok video tersebut dibawah 👇🏼
Diusia 30 dengan keadaan cacat... aku bersyukur dengan kehidupan. aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan jamumall.com. aku happy mampu beli apa aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai! yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.
bukan nak riak, tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku, nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku.. tapi adakah mereka sekuat aku?
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak macam ni, bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.
aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tapi bertahun tahun! ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya haus, lapar, penat, takda orang disisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah berinaky nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat.
aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar, kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain.
aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran. ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup behenti kerja dan menganggur bertahun tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sangup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. paling terkesan, nak bagi dyit mak dan ayah, family pun takmampu.... aku sedih! terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.
jadi aku bangkit! aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur! bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia siakan. aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain. aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang - orang disekeliling aku.
kini aku sedar, untuk berjaya dalam kehidipan, pekerjaan mahupun bisnes bukan mudah. tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yanh hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yanh berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.
dan semua value yang ada dalam diri aku, akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya!
akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, ada ada berap jari untuk ubah kehidupan???! usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi! kita je mampu ubah diri kita!
mendalam sungguh kata kata Khairul Nizam ni, sedikit sebanyak membuka mata sha untuk melihat lebih kehadapan. tak semestinya kita taksempurna kita takboleh berjaya, yang penting semangat diri tu penting!
kalau korang nak tahu kisah kisah Khairul Nizam ni, korang boleh ikut media sosial beliau ;
Jom follow Khairul Nizam
FB : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website : https://jamumall.com/
6 Comments
sorry...baca skip skip...nak nangis...sebak lak rasa
ReplyDeleteSemangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya
ReplyDeleteBeing physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.
ReplyDeleteBeliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha
ReplyDeleteJika beliau mampu, kita apatah lagi kan
ReplyDeleteHarus tetap semangat dan berusaha jangan pantang menyerah jangan kalah sama beliau,..
ReplyDeletePost a Comment