Assalamualaikum
MAYBELLINE SENSATIONAL LIQUID MATTE (02 SOFT WINE) | Halo! perempuan ni memang takboleh lari kan kalau ada sales 😂 so semalam sha ada jalan jalan kat guardian, konon konon nak "cuci mata" tapi taksangka pulak tercuci purse pulak
sebenarnya dah lama tengok iklan lipstick ni duk lalu lalang kat fb. seronok la tu kan duk perangat sis suruh beli 🙄 haritu dah try swatch kat tangan dah semua shade memang rasa ringan je dan ofcos pasang niat nak beli tapi shade yang tinggal yang tak matching dengan warna kulit sha.
jadi semalam pi guardian tengok harga RM20! TERUS NAK BELI! hahaha tapi masa tu pun ada sikit jugak shade yang ada tapi bila try yang code 02 nampak macam "kena" dengan kulit sha. terus pegang dan pi bayar 🤣
BEST KE SENSATIONAL LIPMATTE NI?
warna? cantik! bau? wangi! tekstur? ringan!! tahan lama? boleh la! harga? murah! ada berapa shades? 10shades!
so bawah ni gambar sebelum dan selepas makan
sebelum makan
bila dah kenyang 😂
pada sha lah, ok je kalau lipmatte macam ni😂 atleast tak hilang semua terus hahaha kalau nak touchup pun sikit jela tapi kalau tak touchup pun rasanya ok jurrr takda nampak terjejas sangat. petang tadi sba makan bihun sup daging pun, lipmatte ni tak terkeluar habis pun, memang keluar kat bahagian dalam tu je.
SUSAH TAK NAK CUCI?
ofcoslah senang 😂 sekali tekap makeup remover tu, hilang terus lipstick di bibir 🤪 lepas ni takda lah stress dah nak buang lipstick kat luar 😂
HARGA?
RM26.00
NAK BELI LAGI TAK?
NAK!!! gila taknak 😂 harap harap ada lah orang hadiahkan ke 🤣 maybelline sponsor iolls ke 🤪🤪 tapi insyaAllah mampu beli sendiri kalau ada sales hahahaha
korang dah beli belom? 🤪 guardian tengah buat sales tu! hihikk
8 Comments
Nk beli ritu but colour yg mell nak habis huhu sedih
ReplyDeletemenarik juga... baru yek jenis yg sensational nih? akak pernah usha jugak lip matte maybeline tp selalu abis stok, tinggal color yang tak lawoje sellau nya
ReplyDeletecantiknya warna tu babe!
ReplyDeleteCantik warna tu!!
ReplyDeleteNi perangat akak plak la ni,suh beli..aihhh..sis ni dh la cpt tergoda..tgk warna yg sha punya tu,cantikkk...
ReplyDeletewahh kena beli lipmatte ni.cantik je warna lipmatte tu
ReplyDeleteWow.. Cantik warna dia...
ReplyDeletecantik warna dia. merah menyala gitu
ReplyDeletePost a Comment