Assalamualaikum

RESEPI : PELBAGAI JENIS WANPAKU SANDWICH | Hi! kalau korang perasan la, duk scroll fb mesti ternampak post pasal "wanpaku sandwich" kan? pastu mesti tertanya tanya apa benda wanpaku sandwich ni? wan paku jual sandwich ke 😂😅 lepas search kat youtube oh rupanya sandwich yang asal dari jepun. kalau tengok dari rupa sandwich tu, sekali makan memang kenyang cerita dia.


so nak share lah dengan korang yang teringin nak buat wanpaku sandwich ni, mana tau esok nak bawak bekal ke kan 😄 cara cara nak buat sama je, just susun susun semua tu then balut ketat ketat dan potong dua. cuma bezanya bahan bahan lah, ok jom tengok bahan apatu!

WANPAKU SANDWICH - AYAM GORENG


Bahan - bahan :-

roti wholemeal
isi ayam digoreng menggunakan olive oil
telur hancur
salad
mayonis (kewpie)
kobis ungu
lobak merah


WANPAKU SANDWICH SARDIN


Bahan - bahan :-

roti wholemeal
sardin
ayam rebus (direbus dengan garam)
telur hancur
bawang merah slice
salad
kobis ungu
lobak merah

WANPAKU SANDIWCH AYAM GRILL & TELUR HANCUR


Bahan - bahan :-

roti wholemeal
ayam grill
telur hancur (digaul mayonis kewpie)
salad
kobis ungu
lobak merah

WANPAKU SANDWICH AYAM GRILL & TELUR GORENG


Bahan - bahan :-

roti wholemeal
ayam grill
telur mata kerbau
mayonis (kewpie)
kobis ungu
salad
lobak merah

WANPAKU SANDWICH AYAM GRILL


Bahan - bahan :-

roti wholemeal
ayam grill
tauhu 
bean merah
mayonis(kewpie pink)
kobis ungu
lobak merah
salad

WANPAKU SANDWICH TUNA


Bahan - bahan :-

roti wholemeal
isi tuna tin (yg ada mayonis)
tauhu goreng(guna olive oil)
ayam rebus(rebus bersama garam)
telur hancur
salad
kobis ungu
lobak merah

**cara buat ayam grill : 
- kisar bawang merah+bawang putih+serai+stevia (pengganti gula) + cili kering blend
- perap ayam bersama bahan dikisar dan garam 


wah nampak macam mudah je kan? kalau ada bahan bahan ni kat rumah, esok dah boleh mula buat. mesti kenyang sehari suntuk ni. yang penting kena pandai pilih sayur bagi nampak menarik, confirm licin ditelan haha! korang dah try buat ke?







kredit resepi diatas dari FB (atas persetujuaan untuk dikongsikan di blog)