Assalamualaikum

FILEM : DUA GARIS BIRU | Hi! akhirnya filem yang ditunggu tunggu dapat juga sha tengok! so filem ni berasal dari Indonesia. yang buat sha tertarik nak tengok filem ni sebab cerita dia pasal remaja haha well walaupun dah tak remaja sangat tapi kena la dengan jiwa. mula mula tau pasal filem ni sebab tengok tayangan perdana kat FB rasanya, terus rasa nak tengok nak tengok nak tengok jugak!


SINOPSIS DUA GARIS BIRU

Dua Garis Biru menceritakan mengenai kisah cinta sepasang anak muda iaitu Dara dan juga Bima. kisah percintaan mereka yang penuh dengan tawa, gurauan serta romantik ini disokong oleh rakan rakan serta keluarga mereka. namun kegembiraan itu hilang seketika kerana digantikan dengan perasaan takut serta bingung kerana Dara disahkan hamil! segala sokongan dari rakan serta keluarga terus hilang. Dara dan Bima kemudian terpaksa menghadapi hal-hal yang tak pernah dibayangkan oleh anak muda yang berusia 17 tahun. Mereka juga mempertanggungjawabkan hal tersebut.

PELAKON DUA GARIS BIRU

Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara, Lulu Tobing, Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Arswendi Nasution, Rachel Amanda, Ariella Calista Ichwan, dan Cindy Hapsari Maharani Pujiantoro Putri


PENDAPAT SAYA?

masa mula mula tengok tayangan perdana tu dah macam nampak la apa yang akan terjadi untuk the whole story. sha ingatkan sha takkan skip langsung masa tengok filem ni sebab mula mula rasa best haha tapi bila sampai tengah tu dah mula bosan~ sebab pihak family bima macam langsung takboleh buat keputusan apa apa dan kena ikut apa family perempuan tu decide padahal benda boleh bawak bincang aiyoo. lepas tu okaylah enjoy juga la. cerita ni boleh buka mata kepada remaja remaja yang taktau akibat kalau bergaul terlalu bebas. kesan yang dorang akan dapat tu, risiko kehamilan semasa usia muda dan macam macam lagi! sesuai untuk buat tontonan remaja bawah 18 tahun sebab cerita ni takda pun aksi yang keterlaluan pada sha. tapi ending dia huhu sha rasa akan ada dua garis biru 2! sha rekomen lah cerita ni, sebab cerita ni bukan pasal bercinta je tapi ada juga part kekeluargaan. ok sekian