Assalamualaikum

JALAN JALAN PERLIS! | Hi! susah betul nak wujudkan satu blogpost pun hahaha. so 25 Oktober lepas, macam biasa join group makcik makcik pi jalan jalan. kalini perlis menjadi pilihan. so pada hari kejadian kami akan pi tiga tempat iaitu Gua Kelam, Padang Besar dan Tasik Melati.


GUA KELAM

selalunya kalau gi jalan jalan bertolak awal pagi ataupun malam, tapi kalini bertolak pukul9 haha rasa macam pelik jugakla :3 perjalanan kitaorang nak ke Gua Kelam ambik masa sejam lebih juga la, biasalah singgah stesen minyak la itu la ini la haha lagipun memang tak terkejar apa apa pun, so takpala slow slow pun. jadi 10.30pagi sampai kat depan pintu masuk gua kelam tu. turunkan barang apa semua, bahagi bahagikan barang untuk masuk ke dalam gua tu. taksempat deh nak ambik gambar masa ni, banyak keluarkan tenaga je hahahaa jadi dipendekkan cerita, masuk gua, makan makan, mandi mandi, ambik gambar then keluar semula lepas zohor.


 

 

 

 









tak mandi pun haritu sebab malas, renyah hahaha jadi perati jelah budak budak tu mandi tapi geram jugak dan sedikit menyesai hahahaha. tapi kalau mandi takda la masa nak ootd yedok :p last masuk gua kelam lepas SPM dulu which is 5 tahun lepas, banyak juga la beza kat belah dalam taman tu. suka yang dulu lagi!

PADANG BESAR

lepas dah berseronok ronok (baca : letih) kat gua kelam tu hahaha teruskan perjalanan ke padang besar, masa ni dah letih dan mula takdak mood dah hahahaha lemah lah sapikah ni! sampai ja padang besar, dorang bagitau pukul4 nanti kumpul sini balik. masuk je tempat tu terus nampak kedai makan! tanpa membuang masa apa lagi, pi situ order pulut ayam dengan lokching



total lost : rm22.50

total lost : RM 5

settle penuhkan perut, jalan jalan jugak la dalam tu tengok apa nak beli. beli buah tangan sikit kat geng which is dompet kecik pastu beli air arabus dengan meiji dengan kudap kudap sikit. masa ni kan kenyang kan, nak ootd ke nak bergambar ke dah malas gila hahahaha. lepas settle beli barang terus naik bas, duk dalam bas sejuk sikit hahaha

TASIK MELATI

4.30 lebih juga la baru bertolak haha tau tau jelah kalau dapat shopping ni, lupa terus masa - tapi dorang la bukan saya haha! lepas tu singgah asar dulu then bertolak ke tasik melati. sebenarnya masa kat masjid tu hujan, lebat, sangat lebat tapi masa kitaorang nak bertolak tu hujan berhenti. masa kat tasik ada la ambik gambar 2-3 keping. cousin beli phone realme, cantik weh camera dia haha! gambar atas pakai camera kawan, bawah baru guna camera cousin

 

 


dengar cerita tasik melati ni kawasan tarikan tapi serious hari datang tu macam takda orang hahaha maybe dulu la kot. sekarang orang mana nak lepak tasik semua, semua dating ke apa kat mall jekkkkk (joke joke). so tasik ni tempat last kitaorang, then terus balik! cerita sebelum kejadian semua ni kan, malam tu sha takboleh tidur sebab sejuk! sejuk sampai tulang wehhhh, tapi tak tutup kipas sebab takut nazirah panas ke apa haha sebab dia tumpang tidur rumah kan, pukul4.30 baru tidur then 6,30 dah bangun tapi sepanjang kejadian tak tidur pun atas bas! tapi bagi efek juga la kat mood haritu. tapi malam tu pukul 10 terus lelap :p


semalam duk kira kira, perlis dah, penang dah, pasni perak pulak la :p okbai!