Assalamualaikum

ORDER SUSHI DARI ANN SUSHIHOLIC | Hi, kembali bersama makan makan bersama sapikah lagi~ so jumaat haritu ada order sushi dari perlis! sebabkan sha duk kedah jadinya kalau nak cod kena tunggu hari akak tu datang alor setar. tapi takpa, lagi memudahkan sebab senang sehala ja kan~


sha ni jenis kalau lapar apa apa mesti cari kat fb, mana tau boleh cod ke kan? tapi kebanyakkannya takboleh sebab jauh :3 so berbalik kepada sushi tu, sha ada order beberapa jenis sushi haritu dan total semua RM15.80, cod free! meh tengok sushi apa yang sha beli


sos dan wasabi

jonin set

onigiri chicken flos

inari salmon baked

- spicy chicken chezy baked
- salmon mayo
-chicken karaage


sebenarnya banyak lagi jenis jenis sushi yang akak ni jual, sha sampai berpinar pinar mata nak pilih siap google lagi! yang set kat atas tu ada yang merah merah tu sha taksuka haha so bagi adik. akak tu cod sebelum jumaat, sampai sampai je rumah terus taksabar nak makan. agak agak sedap tak? meh baca review

REVIEW ANN SUSHIHOLIC

harga sushi ni takmurah takmahal, rasa sushi ni sha bagi 4/5 bintang, kejadian sushi ni 5/5, servis 5/5. sha paling suka onigiri tu sebab selalu makan kat sushi world tu yang lobster hahaha sekali makan dengan serunding peh lain macam sedap dia. cuma yang sha perasan sushi sini macam keras sikit la, maksud sha nasi dia :3 tapi yang lain lain okay jurrr. sha siap nak repeat order lagi nanti hiksss

CARA NAK BELI

kepada orang Perlis rasanya hari hari ada cod, kepada orang Alor Setar dan seangkatan dengannya boleh ws akak ni bila dia boleh cod. boleh rujuk contact kat bawah :-



sekian, dari peminat sushi :3