Assalamualaikum

REMDII PENYELESAIAN KEPADA MASALAH KULIT KERING! | Hi! baru - baru ni ada terbaca pasai satu brand ni iaitu REMDII, terus tertarik sebab dia boleh digunakan seisi keluarga! dan produk ni bukan produk biasa - biasa tau, produk ni doktor pun guna! kebanyakkan feedback yang sha baca, cakap produk ni sesuai untuk bayi yang ada eczema. sha ada cuba 4 produk dari Remdii ni.



REMDII



REMDII merupakan satu jenama produk yang dikaji oleh seorang profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan produk ini telah dilancarkan pada tahun 2017. Jenama ini diterima dengan baik oleh orang awam dan dijual di lebih daripada 200 farmasi dan klinik. Kesemua produk dari jenama in tidak mengandungi paraben, steriod, pewarna dan juga pewangi! Jadi produk ini, sesuai untuk semua, termasuk kulit sensitif dan kulit bayi.

REMDII Calming Body Wash




pencuci badan tanpa wangian dan SLS untuk kulit kering dan sensitif. 
- ia mengandungi vitamin E yang 60X lebih kuat yang berfungsi menjaga kulit anda dari dalam.



👀 walaupun takda bau tapi ada banyak buih! itu yang kanak - kanak suka tu. lepas guna body wash ni, cousin bagitau yang dia rasa kulit badan dia rasa lembut je.

REMDII Gentle Hair Shampoo




- sesuai untuk semua jenis rambut/kulit kepala
- mengandungi vitamin E yang 60x lebih kuat untuk penembusan yang lebih mendalam ke kulit kepala
- tidak mengandungi wangian dan SLS 
- sesuai untuk kulit kepala yang sensitif



👀 lepas guna syampoo ni, kulit kepala dah takgatal dan kulit jadi lebih lembut

REMDII Ultra Sensitive




krim yang teknologi ceramida Teknologi Mimic Skin dengan tocotrienols dan tocopherol spektrum penuh yang dihantar ke dalam kulit

REMDII Sensitive




ringan dan tidak berminyak
- mengandungi spektrum tocotrienol dan tocopherol
- berfungsi untuk membaiki dan melembapkan kulit dari dalam
- menenangkan kulit di bawahnya secara selamat
- secara semulajadi dan berkesan

👀 seronok bila apply krim ni kat kulit, cepat je serap dan takrasa melekit langsung! sangat sesuai untuk digunakan kepada bayi sebab ia akan memberi keselesaan kepada bayi


APA YANG BEST PASAL PRODUK REMDII?



pada sha, produk ni memang rangkaian yang bagus untuk orang ada masalah kulit kering dan juga kulit sensitif. mula mula tertanya juga serious la takda wangian pada produk Remdii ni? ya mmg betul takda! produk tanpa wangian sebenarnya memang lagi elok untuk kulit. lepas guna shampoo dan juga body wash memang dapat rasanya kulit makin lembut dan juga rambut jadi lembut dan senang diuruskan. rekaan botol yang mudah dibawa ke mana - mana dan hygiene, sebab apa sha cakap macam tu? sebab sha memang suka kalau krim yang jenis picit berbanding dalam bekas ;) sha bagi 5 bintang untuk produk ni! memang akan recomended kepada yang tanya produk yang sesuai untuk kulit kering/sensitif! 

korang pun patut try kalau ada baby/anak yang ada masalah kulit kering/sensitif ni. tapi mana nak dapatkan? korang boleh beli di website Remdii.



MAKLUMAT LANJUT


Website : www.remdii.com