Assalamualaikum

SEDAPNYA DURIAN CREPE BY RABISUGARFLOUR | Hi! haritu selepas demam yang agak teruk, teringin gila nak makan durian crepe haha kita ni jenis kalau teringin apa apa terus cari kat FB mana tau ada yang boleh delivery kat kita yang stay kampung ni huhu jadi cari dan cari dan cari, jumpa! yayyyy!


tapi masa mula mula jumpa tu teragak agak juga nak beli sebab kesian pula dia nak datang dari jauh tapi order satu saja pastu satu hari tu dia ada post kat fb cakap delivery 1 pack pun free! ahhh tunggu apa lagi kan,terus whatsapp dan petang tu dapat durian crepe yang diingin inginkan hahaha.

kita rasa la kan, jenama rabi sugar flour ni terkenal juga la sebab sebelum ni selalu juga dapat bekas yang ada sticker dia haha. maybe sebab tu ada ejen tiap negeri, mungkin la mungkin hahaha. 


ok tengok gambar ni pun dah terliur kembali haha. 1 bekas ni RM15 so jatuh 1 biji RM2.50. kita ni jenis kalau bab makan, tak berkira sangat haha so mahal pun mahal la. 



inilah rupa durian crepe yang menyelerakan dan sangat menarik perhatian hahaha! warna kuning baqhang takkan tak menarik. masa beli tu penjual dia ada pesan, kalau taknak makan simpan dalam freezer. mula mula tu ingtkan boleh la simpan sampai esok ke apa sebab sorang je makan. rupanya tak! lepas ulang ulang pastu sedar sedar eh dah habis????

REVIEW :

kalau tengok dari rupa memang kita bagi 5/5. rasa pulak 4.5/5 sebab masa mula mula dapat tu isi durian dia keras sangat haha macam makan keropok :p tapi cream tu sedap! harga pulak kita rasa okay je kot sebab sekarang kan barang mahal. penjual dia peramah, mudah nak berurusan. so overall kita bagi 4.7/5


kepada orang Alor Setar, Jitra, Pendang dan Perlis kalau nak beli durian crepe ni boleh contact terus di FB Mohd Izwan Mohd Ilias