Assalamualaikum

BEST KE SILKYGIRL GEN MATTE LIPCREAM? | Hi! kejadian ni berlaku semasa sales 12.12.  malam 11.12 tu ada usha dah lipcream ni, tengok harga sama je macam kat guardian/watsons hahaha then terus cakap incase kalau ada diskaun bawah RM20, nak beli~


dari haritu lagi sebenarnya nak beli, walaupun ada sales tapi selalunya takkan sampai harga bawah RM20 hahaha well lipstick kalau atas 20 dah kira mahal pada sha sebab sha selalu beli lipstick pastu sampai dah lebih dari tarikh expired takguna sangat pun then buang~ rugi kan? sebab tu beli yang murah murah je haha!


masa tu tengoh on the phone, pastu sha otp pakai digi, TAC bank kat nombor umobile hahaha bila tengah otp, tac takboleh masuk la kan terus macam "japgi call balik, bye" terus beli hahaha. pastu selasa lepas sampai! yahiuuuuu

silkygirl gen matte - cinnamon kiss

sebelum ni sha ada juga try kat watsons kalau taksalah, memang color ni cantik dan sesuai dengan sha haha sebab sha memang jarang pakai warna merah yang terlalu merah atau pink hshshs tak kena dengan warna kulit katakan, jadi rasanya warna ni yang terbaik (alasan nak membeli)


jadi semalam sengaja nak test sama ada lipmatte ni tahan ke idok kalau makan hahaha jadi biarlah gambar yang berbicara

sebelum makan

makan apatu :p

selepas makan

SILKYGIRL GEN MATTE OK KE TAK? BEST KE TAK? 

for me lah, best gila pakai lipmatte ni walaupun taktahan lama, macam korang boleh tengok kat atas la kan. tapi tak kisahlah sebab warna dia memang cun gila!!!! jap nak nangis sebab baru jumpa warna best macam ni hahaha dia macam takmerah, tak oren, tak coklat just nice la orang kata. lipmatte ni juga rasa ringan ja di bibir jadi tak kisah sangat nak apply banyak kali :p (bila dah suka). jadi dengan ini saya pun pasang niat nak beli warna yang lain HAHAHA sekian.


beli masa sales 12.12 dengan harga RM17 FREE POSTAGE gaisss! harga sebenar RM28++ tapi selalu kat watsons/guardian RM23. ok bye!