Program Promosi
Pelancongan Negeri Selangor ke Pasaran Domestik Malaysia sebagai Penutup Tirai
Tahun 2019
ALOR SETAR, 29 November 2019- Dalam
menyemarakkan inisiatif dan usaha proaktif ke arah pelaksanaan Kempen Tahun
Melawat Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor menganjurkan
Program Jelajah Persona Selangor 2019
ke 3 buah Negeri di utara dan selatan tanah air sebagai penutup tirai kepada inisiatif
strategik berbentuk Program Promosi Pelancongan bagi tahun 2019.
Program Jelajah ini telah memulakan misi
di Bandar Alor Setar, Kedah sebagai
destinasi pertama Program yang julung kali diadakan ini. Memilih tanggal 26 hingga 28 November 2019, program di Negeri Jelapang Padi ini telah
disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil dari
Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA, Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lebih dari
10 operator produk pelacongan Negeri Selangor.
Barisan tetamu kehormat dari Negeri tuan
rumah pula terdiri dari Maizatul Mazni binti Zainun dari Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kedah, Nor Azlan Fitri bin Abdul Razak,
Penolong Pengurus Kedah Tourism dan
Mohd Yusin bin Mohd Yatim, Pengerusi Bahagian Kedah/Perlis, MATTA Kedah.
Program Jelajah di Negeri Kedah telah dimulakan
dengan sesi Government-to-Government atau G2G melibatkan Y.B Datuk Abdul
Rashid bin Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Kebudayaan,
Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Y.B Mohd. Asmirul Anuar Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,
Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Kedah.
Perbincangan yang dijalankan antara lain
melibatkan usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri yang akan diambil bagi
memperkasa industri pelancongan Negeri, seiring dengan misi pelaksanaan Kempen
Tahun Melawat Malaysia 2020.
Manakala, Program pada petang 28
November 2019 menyaksikan sejumlah sesi pertemuan Business-to-Business atau
B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor
dengan Badan Pelancongan Negeri dan Agensi Pelancongan tempatan. Penglibatan
yang diterima baik membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan
secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka
dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri daripada pelancong
tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor- penyumbang kepada
peningkatan Ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.
Program Jelajah Persona Selangor 2019
akan diteruskan ke Johor Bahru pada 15
hingga 17 Disember, dan akan melabuhkan tirai di Ipoh, Perak pada 18-20 Disember ini. Program Jelajah yang sarat
dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada
Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri
pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik dan
antarabangsa khususnya sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Y.B
Datuk Abdul Rashid bin Asari dalam satu kenyataan
berkata, “Program Jelajah Persona Selangor 2019 menjadi landasan kepada
penggiat industri pelancongan untuk menjalinkan kerjasama dengan Badan
Pelancongan Negeri serta Kerajaan Negeri, secara amnya. Hal ini secara tidak
langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat pelan promosi
pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik,
khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”.
Tarikan produk pelancongan Negeri Selangor
telah berjaya menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong seramai 3.48 juta orang dari bulan Januari hingga Jun 2019. 53% atau 1.86 juta
terdiri daripada pelancong domestik manakala 47% atau 1.62 juta adalah pelancong antarabangsa. Angka tersebut
menyumbang kepada peningkatan sebanyak
3% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.
Seiring dengan Kempen #Discover Selangor dan #Take Me Anywhere yang giat dipromosi
di laman media sosial utama seperti Facebook, Instagram dan Twitter, Program
Jelajah Persona Selangor 2019 merupakan sebuah penambahan yang signifan kerana
potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai
destinasi pelancongan pilihan di Malaysia yang kaya dengan seleksi produk
pelancongan menarik dan kehijauan yang terpelihara walau dalam kepesatan kemajuan
bandar.
Untuk informasi lanjut tentang inisiatif
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk-produk pelancongan
Negeri, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang
ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang
komprehensif.
2 Comments
nice share
ReplyDeletejom kita melawat selangor pulak ^_^
ReplyDeletePost a Comment