Assalamualaikum
10 FAST FOOD MENYELERAKAN YANG KORANG BOLEH PESAN DI MALAYSIA! | Hi! zaman sekarang ni memang tak lekang dengan fast food bukan? kalau lapar tengah malam semestinya akan cari fast food kan? sekarang ni sha nak ceritakan kepada korang fast food yang korang hanya boleh order di Malaysia which is Marrybrown!
Marrybrown adalah salah satu restoran makanan segera di Malaysia yang telah diperakui halal dan ditubuhkan sejak tahun 1981 lagi. terdapat lebih 138 restoran Marrybrown di Malaysia. banyak kan?!
dulu masa sebelum kenal Marrybrown, memang teragak agak juga nak masuk sebab takut tak kena selera tekak. tapi alhamdulillah bila dah try, terus jatuh cinta dan tunggu semua menu menu baru dorang untuk dicuba. ok meh sha nak kongsikan dengan korang 10 menu yang menyelerakan yang korang try kat Marrybrown!
1. Nasi Lemak MB
siapa je yang boleh menolak nasi lemak? nasi lemak MB ni didatangkan dengan nasi, ikan bilis, kacang, papadom, ayam goreng dan timun. eh kalau nasi lemak mestilah ada sambal kan! ha mana nak cari nasi lemak di fast food yang selengkap macam ni? bau nasi lemak yang dimasak dengan santan & daun pandan ni je pun mesti korang terliur.
2. Nasi Ayam MB
peminat nasi ayam wajib cuba menu ni! didatangkan dengan papadom, timun dan ayam goreng serta sup memang menaikkan lagi selera makan korang. kalau pekena ni sepinggan dah cukup buat korang kenyang, yang menariknya pasal nasi ayam MB ni adalah terdapat papadom tu la! jarang sha makan nasi ayam kat tempat lain letak papadom
3. Mi Kari MB
tak cukup Malaysia la kalau takmakan mi kari kan? walaupun sha bukan peminat mi tapi mi kari di MB ni memang kena dengan citarasa tekak sha. tengok gambar pun dah terliur kemain kan? apatah lagi kalau ada didepan mata! mi kari kalau ada kacang panjang memang selalunya sedap uolls!
4. Bubur Ayam MB
kadang kadang dah bosan makan nasi tapi nak something yang boleh mengeyangkan mesti sha akan order bubur MB! korang ada dua pilihan samada nak bubur ayam or bubur pedas. kalau sha semestinya sha akan pilih bubur ayam sebab sha memang peminat ayam! bubur MB juga sangat sedap kalau makan time nak demam hehe
5. Nasi Kari Kapitan
oh kari kegemaran Malaysia! disebabkan sha ada sikit darah mamak penang, sha memang hantu kari! dan paling bersyukur bila ada fast food buat menu bertemakan kari hehehe atleast dapat makan fast food dan kari sekali gus! korang tengok jelah nasi kari kapitan ni macam mana! mesti menjilat jari kalau makan.
6. Roti Goreng
roti goreng? yes roti goreng! bila korang makan roti goreng ni korang akan rasa kelembutan didalam roti dan crispy di luar! boleh bayangkan tidak macam mana sedapnya makan roti goreng? kalau lepak lepak dengan family sambil tengok tv, mesti berebut roti goreng ni!
7. Salted Egg Meal
salted egg ni antara "bahan" yang popular sekarang. semua menu mesti ada salted egg hehehe jadi MB keluarkan menu baru iaitu egg-stra padu salted egg meal! korang jangan risau kalau korang rasa menu ni akan terlalu rasa salted egg macam nasi kerabu tu sebab rasa salted egg ni nice gilerrr sampai buat korang termimpi mimpi ehekkk
8. MB Churros
korang pernah try churros? kalau belum, sha cadangkan korang try churros di MB ni. kalau korang nak tau churros ni datang dengan sos coklat! korang boleh makan churros ni dimana mana dan bila bila masa dan sha juga yakin menu ni sangat disukai oleh kanak - kanak! takpercaya? korang kena try dulu.
9. Milo Ais
everyone favorite! siapa je taksuka milo ais kan? sha sebagai dewasa pun kalau gi mana mana fast food mesti order milo ais sebab kurang suka dengan air gas. air milo di fast food rasanya lain tau daripada yang dibancuh kat rumah, sedap dia rasa puas!
10. Nescafe Coffee
taksuka air gas? taksuka milo? it is okay! bagi peminat coffee , korang boleh juga dapatkan nescafe coffee di MB. sebenarnya best juga kan bila makan fast food dengan hot nescafe coffee. tambah tambah kalau makan churros dan roti goreng dari MB. yummy!
ok settle 10 menu yang korang perlu try kat MB. kalau korang nak tau sejak sejak PKP ke PKPB dan akan datang PKPP, sha banyak order makanan secara online je sebab malas nak pergi beratur ramai ramai di restoran fast food tu. kita perlu elakkan tempat crowded kan, jadi korang pun boleh la guna fast food delivery malaysia sekarang bagi memudahkan korang juga.
sekarang ni mudah je korang duduk rumah diam diam dan guna servis abang FoodPanda. hanya perlu order dan tunggu makanan sampai :p mudah betulkan hidup di zaman sekarang? patutla kilo naik hari hari hahaha! jangan lupa gais, jaga diri, jaga jarak dan elakkan tempat orang ramai! ❤️
6 Comments
Assalamualaikum. WAh semua Mb...Kat kuantan ni tak ada MB... huhhuu
ReplyDeleteperghh!! sekali sekala memang rindu nak makan fastfood ni kan fyqha
ReplyDeletesedapnya.... dah lama tak layan MB
ReplyDeleteSo yummy tengok semua menu :)
ReplyDeletelapar pulak tengok
ReplyDeletesedap!
ReplyDeletePost a Comment