Assalamualaikum

PKPB LAGI! | Petang ni dapat cerita kurang best huhu tapi andai ini yang terbaik, takpalah. banyak plan kena postpone, atau senang cakap perlu lupakan terus 😂

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 NOV-6 Disember 2020

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan secara automatik bersambung lagi 4 minggu.

SENARAI SOP PKPB 


Berikut adalah senarai SOP PKPB : 

1. Dua orang sahaja yang dibenarkan keluar rumah bagi mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan awam.

2. Perjalanan rentas negeri dan rentas daerah dari/ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau kematian. Perlu mendapat permohonan pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu.

3. Para pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripasa majikan.


Pekerja yang mana tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang saya tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan.

Kerajaan bagaimanapun menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

4. Bagi mereka yang perlu merentas negeri Selangor atau Kuala Lumpur walaupun menggunakan lebuh raya (contohnya dari Johor ke Kedah) perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi mengelakkan kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.

5. Penumpang-penumpang udara yang mana menggunakan lapangan terbang Subang atau KLIA/klia2, perlu mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu bagi mengelakkan kesulitan.

6. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.

7. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

8. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

9. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

10. Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

11. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

12. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja.

Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.

13. Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)

14. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

15. Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

16. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

17. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

18. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

19. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentasdaerah dan negeri.

20. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

21. Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

22. Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.

23. Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan. Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

---------------------------------

walaupun rasa stress sikit tapi kalau ini yang terbaik, hadap jelah. kepada sesiapa yang tak okay dengan keadaan sekarang, semoga dipermudahkan segala urusan.