Assalamualaikum

MURAHNYA BARANG KAT MR DIY| Helooo, cerita pasal Mr Diy lagi 😂 macam biasa, tahan diri takmau pi tapi eh tiba tiba sampai pulak 🧐 sebenarnya ada nak ke somewhere ahad nanti so macam nak gi mr diy nak beli barang sikit la nak bawak ke situ. Nak tengok beli apa?

Sebenarnya kat kedai biasa pun ada je benda yang saya nak beli ni. Tapi dah alang alang ada mr diy dekat rumah apa salahnya pi jelah kan 🤣 ok dalam list nak beli tisu basah, makeup remover & face mask. Memang beli semua tu tapi ada jugak la penambahan sikit 😛 sebaik tengok kat rak takdak casing baru sampai, kalau tak mesti beli casing baru lagi muhehehe

1. Creamy Makeup Remover Face Wipes

Mula mula haritu takut jugak nak beli sebab murah 😅 kang rosak muka jenoh pulak kan? Tapi alhamdulillah dah 2 minggu lebih guna, muka macam biasa je. Takda naik jerawat ke apa, alhamdulillah 🥰 haritu beli yang pek besar, 30 keping kot RM2.70 yang ni beli yang travel pack githew 12 keping RM2.00 sebab nak pergi sehari je, malas nak bawak yang banyak.

2. Hygiene Hand Wipes

Yang ni memang wajib ada dalam beg saya kalau ke mana mana even sebelum wujudnya covid19 ha, sebab terbiasa jadi sampai sekarang memang kalau ke mana mana wajib ada tisu basah, tisu biasa & sanitizer. Tak try lagi yang tapi nampak macam ok jer & harga pun RM2.00 jugak

3. Mask KN95

Ok.... mask ni hahaha tah la kenapa beli, harga RM 2.70. Beli sebab saya bayangkan macam lain, bila balik pakai eh macam lain pergi dia 😂 ingat nak pakai time naik bas sebab macam selamat sikit kot yang ni sebab bahagia hidung tu terbentuk hidung dia. U know what i means? Hahaha or better beli face sheild eh kalau naik bas? Korang rasa macam mana?

4. Mask kanak kanak

Ni saya kena paw yek, tapi takpalah mask ni comel betul corak dia, harga RM1.70 untuk 10 keping. Cousin yang beli yang ni, hahah tapi walaupun mask kanak - kanak tapi besar jugak la, kalau dewasa yang muka kecik tu boleh la pakai yang ni. Muka kita yang macam talam ni, mimpi sahaja 😜

5. Earphone

Yang ni pulak, macam biasa la naik bas mesti nak dengar lagu kan? Mulalah nak beli earphone baru. Tapi saya memang suka earphone brand ni, murah tapi insyaAllah tahan lama 👍🏾 Harga? RM6+, wayar earphone ni susah putus hahaha oklah untuk orang yang lasak hehe

Lama jugak la tadi melilau atas mr diy, dan belinya 5 barang tu je 😂 tapi kalau saya masyuk ni, semua saya borang 👀 best gila tau shopping kat mrdiy ni!