Assalamualaikum
TERPAKSA TUNDA MAJLIS PERTUNANGAN | Hi, past few day was so hard for me ha ha ha i know yang akan PKP semula but i cannot do anything pun 😂 saya memang anak abah tapi bukan abah din 🥴
ingatkan everything akan okay macam yang dirancangkan, malangnya hujan ditengah jalan 😅 ingatkan PKP di negeri yang merah je, lain lain negeri masih bebas 😂
puas fikir jalan mana dari nismilan nak datang kedah, masuk pahang pastu perak la apalah, last last rentas negeri tak dibenarkan 🥺🥺
taktahu la sedih sebab takdapat buat majlis tunang ataupun sedih sebab apa hahaha, maybe terkilan sebab kitaorang memang dah lama impikan semua ni kot 😂
bayangkan hampir semua dah siap, tinggal hantaran je takbuat lagi sebab tunggu pengumuman. barang semua dah beli, tunggu kawan balik dari parit buntar sebab dia yang nak buat hantaran tapi tu la tu.
bila dapat tahu takboleh rentas negeri tu, takrasa apa lagi. tapi bila semua yang tau kitaorang nak tunang whtsapp tanya, terus takboleh handle :( "takjadi tunang la kan?" "jadi dak majlis sabtu ni?" "kesian hang takjadi tunang"
padahal masa mula mula tau takboleh rentas negeri tu, dah cakap kat diri sendiri takpa, insyaAllah ada hikmah disebalik apa yang jadi ni. tapi bila dapat whatsapp whatsapp macam tu terus 🤧😭😭😭😭
kalau kami tau yang nak PKP, takkan kami pilih tarikh sabtu ni, kalau tau takboleh rentas negeri, takkan kami nak tetapkan tarikh macam ni. padahal decide nak tunang ni, 30/12 pastu 2 minggu lepas tu buat majlis.
majlis yang dirancang pun tak membabitkan ramai orang pun, sebab kat rumah ada tok yanh dah tua. cuma yang dijemput family si dia, family saya & 2 3 orang tua yang akan bersembang.
tapi sapalah kita nak lawan takdir 😔 down sangat dua tiga hari ni, sebab masih ada kawan kawan yang tau tanya pasal majlis. sampai saya sendiri kena bgtau terus yang memang takjadi buat masa sekarang.
disebabkan tengok hint hint dari DG Hisham, benda ni takkan ambik masa 2 minggu. jadi kitaorang decide untuk bincang secara online ja pasal majlis nanti.
takpalah, kalau ini yang ditakdirkan. semoga dipermudahkan urusan saya & si dia 🤗 tapi harap harap nikah tak online la ye 🤣😂😂😂
doakan saya kuat nak hadap semua ni, doakan urusan kami dipermudahkan hingga ke hari akad nikah. aaminn... 🤍
16 Comments
Takpe lah dik nanti buat majliz tunang sekali dengan nikah... mudah cerita tak perlu banyak majliz nak buat .. dahla jauh perjalanan nya, takut kalau PKP akan sambung
ReplyDeleteya betul tu. mungkin itulah hikmahnya😂 datang nikah terus, jimat kos
DeleteAtau mungkin terus nikah je kerana dalam situasi sekarang kita tidak pernah tahu bila akan berakhir. Sepupu kak PC pun asalnya nak tunang tapi buat perbincangan dua belah pihak,tak perlu tunang terus nikah je. Moga segala urusan Allah permudahkan dan beri laluan yang paling terbaik. Aamiin.
ReplyDeletemacam tu jugak la dirancang 😅 taktahu la kes 30k+++ ni bila nak kurang kan 🥴 aminn. terima kasih kak 🤍
DeleteSemoga semua dipermudahkan. Harap cepat-cepat la kes turun dan habis pandemik ni. Banyak juga benda tertangguh tak dapat nak buat ni kan.
ReplyDeleteThink positive, mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan. Sabar tau sis.
ReplyDeleteSaya dulu lagi lah, nak buat majlis kenduri tahun lepas, tup tup PKP diumumkan, masa bulan 3 tahun lepas. Nasib baik dapat jugak nikah.
Dapat la title pengantin PKP time tu. hehehe. Tapi lega sebab dah selamat diijabkabul. Majlis kenduri je tunda dulu.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan sis nanti. Amiin..
Perancangan Allah lebih baik. Semoga dipermudahkan segala urusan awak untuk majlis pertunangan dan nikah nanti. Aaminnn
ReplyDeleteMungkin ada hikmahnya yang lebih baik. MOga dilapangkan segala urusan. Amin.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteSemoga urusan awak dipermudahkan, hihi macam ada hint jea untuk nikah terus... Senang buat sekali gus... Keep smile okay.. and stay safe,...
ReplyDeleteFikir positif ye awak.. mungkin ada hikmahnya.. mungkin juga ini petanda korang tak perlu tunang. Tapi nikah je terus!!! Lagi boleh jimatkan kos kan.. yang penting, korang semua jaga diri baik2 dikala kes tengah mencanak naik ni...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan..
ReplyDeleteInsya Allah ada jalannya,moga di mudahkan ye
ReplyDeleteada hikmah untuk ujian yang awak tengah lalui sekarang ni. saya doakan semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala urusan awak. amin..
ReplyDeletemana tahu mmg rezeki awak nikah terus time PKP ni.. Kalau kak liez, mmg terus nikah sebab waktu sekarang dah jimat semuanya..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan ^^
ReplyDeletePost a Comment