Assalamualaikum

FACE MASK YANG DAPAT ELAKKAN KULIT DARI KENA MASKNE | Hi! sejak sejak Covid 19 melanda dunia ni, memang hari hari wajib pakai mask bila keluarkan? kulit muka pun apa lagi, mulalah meragam!

FACE MASK YANG DAPAT ELAKKAN KULIT DARI KENA MASKNE


Sebelum ni saya memang order face mask dari shopee je sebab murah berbanding yang kat luar. berkotak kotak juga la yang saya order kat shopee tu. yang bestnya pasal mask tu, ianya jenis headloop jadi tak sakit telinga, takpayah pakai mask extension dan lain lain haha, ambik terus settle.

walaupun banyak kelebihan dia tapi muka saya takboleh nak bagi kerjasama dengan mask tu 😂 memang bila pakai mesti jadi jerawat yang meninggalkan bekas kat bahagian pipi! tapi masa tu ingtkan sebab hormon ke apa kan, malangnya tak 😂

sehingga saya malas nak order dah kat shopee, jadi niat nak beli je kat kedai kedai berdekatan. paling murah mask Mr DIY la masa tu, RM5+++ untuk 50 keping mask earloop. murah gila kan?

so sebab utama beli sebab murah, then bila pakai tali dia tahan weh, susah la nak putus ditengah jalan 😂 memang sampai kesudah elok je msuk tong sampah! dan yang paling paling penting, kat pipi saya slowly jerawat kurang, parut pun berkurang! 

nak tau sebab apa? yang saya perasan, mask dari MR DIY ni lembut je bahagian dalam tu, setengah mask kasar sebab tu kulit "sakit" tu 🥺sejak tu memang saya stick dengan mask MR DIY tu je. lagipun senang nak dapatkan sebab dekat rumah je. 

kenapa tak beli mask yang mahal sikit? sebab pakai buang 😂 tapi tu pilihan masinh masing, kalau korang nak spend lebih untuk mask then okaylah hehehe


ps : bukan blogpost sponsor tapi Mr DIY sponsorlah saya 🤣