Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH SAYA DAH KAHWIN!  | Hi! Lama betul tak update blog, dari single sampai dah jadi isteri orang ye 🤪 alhamdulillah! Pasni dah takda dah post pasal LDR sebab kitaorang dah 0km sekarang!! Syukur ❤️

ALHAMDULILLAH SAYA DAH KAHWIN! 

Sebenarnya kan geram je nak cerita semua kat blog 😂 tapi at the same time nak simpan sampai betul betul jadi, bak kata ntah sapa “takpasti jangan kongsi” sekarang dah pasti, jadi barulah boleh kongsi hehe

Panjang juga lah perjalanan nak nikah ni, dari masalah sijil nikah mak abah hilang, dah makan bulan dah settlekan sebab mahkamah ada hari je dia bukak tapi mmg makan bulan! Mulanya nak nikah hujung bulan 6, terpaksa postponed bulan 8.

DAPAT TARIKH NIKAH 3 HARI LEPAS HANTAR BORANG KAT PEJABAT AGAMA

Disebabkan kariah saya takda imam buat masa sekarang, jadi kenalah nikah di pejabat agama. Tapi okay je, sebab katanya nikah di pejabat agama selalunya cepat 😂 saya hantar borang nikah hari isnin 9/8 pastu puan pejabat agama tu cakap, "nikah khamis ni nak?" 😂😂😂 gelabah la saya hahahah pastu terus cakap taksempat kot sebab suami dari negeri sembilan, nak settle surat polis apa semua lagi kan.

Pastu pilih tarikh sendiri 19/8, bila balik tanya abah, suami semua tak free 🥴 habis saya nak nikh sorang ke cemana hahahah then tanyalah 29/8 ada slot kosong lg tak nak nikah, alhamdulillah ada ❤️

Jadi 29 Ogos 2021, pukul9 lebih sah saya menjadi isteri kepada suami saya ✨ siapa sangka dari instagram ke sebuah perkahwinan. Macam takpercaya kadang kadang dah ada suami 🤪 otw balik ke rumah lepas nikah, suami cakap "dulu takyakin kan? Ha sekarang dah nikah" 😂

Sampai sini je dulu, nanti story lagi 🤪 nak bagi hadiah kahwin boleh pm tepi ok 😂🤣


Korang ada masalah kerosakan phone? Chamo boleh bantu selesaikan masalah anda. Boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 
Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor