Assalamualaikum

JANGEK? JANGEK TU APA? | Hi! bertemu juga jalan ke blog ni akhirnya. busy betul bulan lepas dengan jalan jalan dengan macam macam aktiviti demi mengejar ringgit :D banyak juga benda nak dikongsikan kat blog tapi slow slow lah but surely githew haha! ok back to topic, siapa tahu apa itu "Jangek"?



JANGEK? JANGEK TU APA?

sebelum saya menjadi penduduk negeri sembilan, saya pun taktahu apa itu jangek haha tapi bila dah kahwin dan pergi niaga dengan suami dan mak mentua, barulah tahu kewujudan Jangek ni. so jangek tu apa?

Jangek tu kulit dibadan atau kulit dari bahagian kaki lembu atau kerbau yang telah siap diproses - dikeringkan, bakar, rebus. susah juga sebenarnya proses nak buat jangek ni. lepas dah rebus yang last, potong dan dipek macam kat bawah ni :D



Kebetulan emak saudara suami memang pembuat jangek ni, sebab tu lah saya boleh tahu sedikit sebanyak cara pembuatannya. kalau tanya saya pernah makan ke tak, pernah ok tapi masak takpernah hehe, pernah makan yang mak sedara masakan je. cecantik kan jangek yang dah siap potong ni :D


JANGEK NI NAK MASAK APA?



Kalau dah makanan orang negeri sembilan, tak lain takbukan mestilah gulai a.k.a masak lemak cili api jangek haha tapi ada juga pelanggan kitaorang yang bagitau jangek ni boleh buat banyak resepi seperti :-

- sup jangek campur dengan daging
- sambal taun jangek
- bubur pedas jangek

kalau masak lemak pula sedap kalau dicampur dengan bacang muda, rebung, belimbing buluh, mangga muda alah senang cerita benda benda yang masam, barulah pergi rasa dia :p

jadi korang pernah tahu tak kewujudan jangek? atau korang macam saya baru tahu? hehe