Assalamualaikum

SRIKANDI TUN FATIMAH DAN MAYA KARIN : DUA ZAMAN, SATU JIWA | Jika ditanya pada anak kecil pada hari ini, siapa tokoh tanah melayu yang diminati, pastinya disebut Mat Kilau. Itulah impak perfileman tempatan yang mengangkat jasa tokoh terdahulu. Namun,Tanah Melayu bukan sahaja kaya dengan jiwa kepahlawanan dari kalangan lelaki, tetapi para wanita juga ada wakil yang tersendiri. Antaranya, seorang puteri yang mempunyai sosok berkarisma dengan ilmu pertahanan diri penuh di dada dan bijak dari aspek kempimpinan, beliau adalah Tun Fatimah.

Buat julungkalinya, perjuangan Tun Fatimah diraikan dalam kolaborasi istimewa SofeaRose dan aktres terkenal tanahair, Maya Karin sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-66. Komited dalam menjadikan kolaborasi ini sebagai satu platform untuk menghargai perjuangan dan kebolehan pahlawan wanita ini setaraf dengan pahlawan lelaki, menjadi penyumbang idea kolaborasi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah.

Maya Karin sering membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. Untuk koleksi istimewa Merdeka kali ini, Srikandi Tun Fatimah tampil dengan 4 siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni.

“Adalah mudah untuk lari dari tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa adalah lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini selama mungkin.” Maya Karin.

Keris, corak batik, kipas tangan, dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan. Hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal qualiti. Ini menjadikan SofeaRose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.



“Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah pada bibir-bibir pewaris tanah melayu bagi menghargai jasa Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu. Kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu.” kata Farrah Aina, Pengarah Kreatif SofeaRose.

Koleksi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah akan dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara atas talian pada 1 Ogos 2023. Koleksi ini akan menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag).

Koleksi edisi terhad ini diharapkan dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni, dan semua rakyat Malaysia untuk meraikan semangat dan kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia.

Laman Sosial SofeaRose

Facebook : www.facebook.com/sofearose.my

Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq

Tik Tok : www.tiktok.com/@sofearose_hq

Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq

Website : www.sofearose.com