Assalamualaikum
BELUM REZEKI, SAMBUNG TTC LAGI! | Hi! Cepat masa berlalu, dah september dah 😅 29 Ogos lepas cukup 2 tahun perkahwinan saya dengan husband. Macam tak percaya kitaorang dah 2 tahun 🤣 gaduh hari hari, kadang sebab upin ipin pun boleh gaduh haha
BELUM REZEKI, SAMBUNG TTC LAGI!
Tapi dalam pada gembira, taksangka kitaorang "hilang" sesuatu... ceritanya macam ni, dari minggu last ogos lagi husband asyik uwek uwek pastu siap tak sedap badan sampai susah nak tido lah. Saya ingatkan sebab tido dalam aircond 😅 sebab sejuk sangat sebab tu dia rasa tak sedap badan haha
Nak dijadikan cerita, husband cakap masa sabtu 2 september "yang, b rasa yang pregnantlah" saya macam biasa, malas nak berharap 😅 saya cakap kat husband, "yeke? Takdelah, orang ok je" lepas tu haripun berlalu pergi.
Petang ahad, saya dah rasa tak sedap badan tapi saya ingatkan gastrik 😅 saya pun jalani kehidupan seperti biasa, keluar minum apacaba pastu pergi mrdiy. Sebenarnya saya ada lah pantang kopi sikit bulan lepas tapi rasa macam tak lekat kot, terus lah minum Cappucino caramel drizzle with whipped cream haha!
Malam tu saya dah rasa lain, perut saya sakit betul 😔 saya ingatkan gastrik tapi kalau gastrik, bila tidur saya takrasa dah sakit gastrik tu. Sampaikan malam tu saya tidur sambil duduk sebab sakit sangat 🥲🥲
Bila pagi tu nak mandi, saya tengok ada benda pelik kat seluar dalam, saya tunjuk kat husband, husband ambik gambar pastu suruh tanya kawan sorang yang nurse tu. Saya pun tanya la kawan... oh btw lepas je "benda pelik" tu keluar, perut saya dah taksakit malam semalam 🥲😔
Kawan pun bagitau, dia rasa saya keguguran tapi memang awal kehamilan la. Dia cakap mungkin janin tak kuat, atau rahim tak kuat macam tu lah. Saya taktau nak rasa apa time tu 😅 nak nangis benda dah jadi, nak bagitau husband ni macam mana haha 😅😅
Lepas makan tengahari esok tu, saya bagitau husband. Husband cakap takpelah takde rezeki kalini ☺️☺️ insyaAllah bila tepat waktunya nanti, adalah baby kita ❤️
Kawan ada tanya, makan tak folic acid? Tak... hahaha ttc tapi tak makan folic acid 🥲 sebab rasa macam letih nak berharap, saya ni manusia biasa, kadang rasa belum masanya lagi 😭😭 menyesal? Sikit. Tapi takpe, saya yakin, satu hari nanti Allah bagi jugak saya dan suami rasa jadi ibu dan ayah 👩🍼👩🍼
Btw takde sapa tau pasal hal ni kecuali kawan kawan rapat, husband dan awak yang tengah baca hihi 😆 Korang tolong doakan saya ye, mana tau ada doa korang yang Allah dengar ☺️☺️
Muhammad Saif ❤️ tunggu mama abah kat syurga 🤲🏻
3 Comments
Takpe fyqah..insyallah akan da rezeki nnt tu utk dpt baby..mungkin bak kata fyqah blm masa nya lagi ...DIA masih nak bg peluang korang hidup berdua dulu...
ReplyDelete-k ret-
Mudah2an Allah perkenankan
ReplyDeletePerkahwinan sy pun dah nak masuk 2 thn.. belum ada rezeki juga.. masi menanti huhu.. semoga d'kurniakan cahaya mata..aamiin
ReplyDeletePost a Comment