Assalamualaikum
DEMAM BERMUSIM | Hi. Selamat berhujung minggu! Saya baru balik dari Cameron Highland khamis lepas, tapi rasa tak sedap badan nak demam ni since sebelum pergi lagi. Tapi sebab abah nak pergi jugak, kitaorang turutkan jelah haha
DEMAM BERMUSIM
Entahlah nak percaya ke tak tapi bila dengar rasa macam nak percaya sebab rasa macam benda tu betul haha tadi tengahari ada pergi satu kenduri kat kampung ni, sedara saya bagitau la sorang makcik ni "sekarang demam sakit sakit badan kan" makcik tu cakap "yeee lepas vaksin covid macam tu la deh kalau demam"
Saya pun terfikir, eh macam betul. Sekarang kalau demam jenis demam melepet rasa letih nak buat apa kalau boleh nak baring sampai dah lega demam hahaha tu tak kira lagi selera makan takde, makan nasi tak rasa apa apa ðŸ˜
Kat rumah awak ada yang tengah demam tak? Kat rumah saya setakat ni saya dan husband jelah (nama pun tinggal berdua 😆) tapi ada anak sedara sorang pun demam jugak (dia tinggal berdekatan)
Harap harap cepat lah sembuh demam ni, letih terbaring je ☹️
1 Comments
aah la... saya ingatkan faktor umur. Kalau demam tu, terus tangkap kepala. Sakit macam nak pecah kepala ni. Kepala dah okay, bisa bisa satu badan
ReplyDeletePost a Comment