Assalamualaikum
MASA KECIL YANG TAK INDAH | Hi! Dah tengah malam ni, tapi rasa macam nak menaip sikit. Tengah nak scroll google photo, ternampak gambar saya masa kecik.
MASA KECIL YANG TAK INDAH
Bila dikenang balik, masa kecik saya tak seindah yang disangka. Mungkin saya hebat dalam berpakaian, ingat lagi zaman tu sekolah kat kampung, baju saya jenama canggih 😅 kawan kawan lain ada yang baju dah lusuh, ada juga yang tak berjenama. Kasut sekolah pun, arwah mak belikan saya kasut sekolah putih tapi jenis kulit so takpayah letak kapur, ada jugak kasut sekolah magnet, orang lain pakai yang jenis pelekat tu je
Tapi tulah, mungkin rezeki saya bermewah macam tu tapi benda yang saya tak rasa tapi kawan kawan lain ada adalah mak abah dorang jemput sekolah, tapi saya? Hari hari makcik saya yang jemput. Mana mak abah? Kerja kat penang.
Mungkin masa kecik benda ni benda kecik, apa yang nak dikecohkan? Asalkan dapat pergi sekolah, dapat duit sekolah dah la kan? Tapi bila saya dah mula meningkat umur, baru saya sedar duit ni bukanlah penentu bahagia. Saya cemburu kalau tengok mak ayah kawan kawan saya jemput dorang balik sekolah, kenapa mak abah aku tak jemput aku eh?
Bukan tak bersyukur ada makcik, tapi perasaan tu. Entah lah mungkin kalau sendiri rasa mungkin faham. Dari saya darjah 1 sampailah saya tingkatan 6 atas, takpernah sekali dijemput atau dihantar sekolah oleh mak dan abah 🥹
Last masa tadika jelah, tapi tadika pun setahun je. Tu pun hari ahad je sebab hari lain kerja. Bukan nak salahkan mak abah kerja, yelah tu demi keselesaan kitaorang jugak kan. Tapi hati ni teringin 😌 nak mak abah jemput sekolah, datang hari hari penting, datang tandatangan buku rekod.
Dan itulah menjadi sebab saya mula malas nak belajar. Saya dikelilingi oleh kawan kawan yang pandai dan rajin. Tapi keputusan saya tak memuaskan? Buat apa nak belajar pandai pandai naik pentas kalau mak abah takde datang tengok pun? Masa sekolah rendah, saya dapat 5A. Saya sorang je murid sekolab tu yang dapat 5A, semua cikgu datang peluk cium saya. Saya nampak semua bangga dengan saya, tapi mak abah tak muncul pun masa tu...
Tapi takpelah, tu kisah 15 tahun lepas. Benda pun dah lama, cuma saya harap bila saya dah jadi ibu satu hari nanti insyaAllah, saya nak ada time semua momen terindah anak saya 🥹 taknak dia rasa apa yang saya rasa.
Selamat malam, ❤️
1 Comments
begitulah.. x semua yg kita nak, kita dapat... kalau sy dlu masa sekolah rendah jeles tgk kwn² yg mak dia dtg sekolah hantar bekalan waktu rehat.. sy pulak mmg x pernah merasa sbb mak ayah keja... so bila dh ada anak, sy cuba utk curi masa hantar bekalan mkn tgh hari anak utk diorg ke kafa sbb xmo diorg rasa apa yg sy dh rasa
ReplyDeletePost a Comment