Assalamualaikum

SEWA MOTOR KAT CAMERON HIGHLAND RM10? | Hi! Rabu haritu saya dan husband ada naik cameron, masa kitaorang sampai tengah minum kat abang strawberry hujan 🥲

SEWA MOTOR KAT CAMERON HIGHLAND RM10?

Sebelum naik cameron, masa kat rumah lagi kitaorang dah bercadang nak sewa motor haha sebab kalini abah tak ikut tidur sana, selalunya abah ikut tidur sana. Tapi baru bercadang, takde booking ke apa pun. 

Sebabkan masa sampai hujan, saya pun letih, kitaorang checkin je dulu, incase malam tak hujan ke boleh la try sewa motor. Malam pun hujan jugak 😆 takdapatlah nak merempit haha.

Pagi tu, bangun je tidur husband cakap sewalah motor, ramalam cuaca cakap hujan pukul 11 macam tu. Sebabkan kitaorang nak turun pukul12 so takde hal la nak sewa dulu, pukul 8:30 mcm tu kitaorang start sewa, sejam RM10! Sewa motor avantiz je hehe tapi kalau separuh hari lagi murah harga. 



Best sebenarnya round cameron naik motor rupanya 😂 kitaorang mmg takde nak membeli sebab naik nak rilek rilek je. Memang habis pusing cameron tu, sempat lah saya masuk mrdiy 🤣

Sangat recommend yang mana dtg bercuti, honeymoon kat cameron untuk sewa motor! Dapat elak sesak 😜 

Tempat kitaorang tidur kalini berhantu tak? Siapa nak tau?