Assalamualaikum

MAKAN KARIPAP SAMBIL BLOGWALKING | Hi! dah lama rasanya tak update kehidupan kat blog ni. petang ni ada masa terluang sambil tengok drama seribu rindu sambil blogwalking dan sambil sambil tu bangun goreng karipap haha



MAKAN KARIPAP SAMBIL BLOGWALKING

sebenarnya stress jugak walaupun ulang tengok je drama ni tapi ya Allah sorang sorang perangai hahaha. korang kalau nak tengok jugak boleh tengok sini (SERIBU RINDU). haritu masa keluar dengan cousin ada beli karipap daging ramly, dulu pernah beli dan sedap! tapi kalini tak jumpa lagi daging walaupun dah 6 biji karipap saya makan hahaha

kemana semua daging daging dalam karipap tu eh? sebenarnya tak kisah pun kalau mahal sikit asalkan bahan masih sama kan? aduh kecewa betul lah! tapi tulah dah habis lah 4 biji haha! sambil sambil ngap karipap tu, blogwalking! seronoknya dapat blogwalking, dulu hari hari mesti nak on laptop pastu blogwalking tapi sekarang malas ye nak on laptop haha T___T

Taksangka walaupun macam macam aplikasi sekarang ada tapi ramai lagi masih setia dengan blog kan :D